Home » , » Ibu hamil 9 bulan meninggal dunia selepas ditolak 7 hospital yang enggan membantunya bersalin

Ibu hamil 9 bulan meninggal dunia selepas ditolak 7 hospital yang enggan membantunya bersalin

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Sulawesi Selatan - Hasrat seorang wanita hamil untuk bersalin tidak kesampaian apabila usaha suami dan keluarganya menghantar dia ke beberapa hospital ditolak sehingga menyebabkan ibu hamil itu meninggal dunia. 


Menurut keluarga mangsa, tujuh hospital kerajaan menolak untuk membantu Hartina bersalin dengan pelbagai alasan dan akhirnya Hartina disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital yang kelapoan. 


Ahli keluarganya, Haerul bertaka, Hartina hamil 9 bulan dan dijangka akan bersalin pada Rabu, 9 Disember 2020. Namun tiba-tiba Hartina mengalami kekejangan lalu dikejarkan ke Hospital Bantaeng, tetapi ditolak. 


Walaupun keluarganya sudah merayu memohon agar Hartina dan bayinya diselamatkan, namun pihak hospital tetap menolak. 


"Pada awalnya kami membawa Hartina ke Pusat Kesihatan Masyarakat Bontobangun Bulukumba dan dirujuk ke Hospital Bantaeng. Baru saja tiba di pintu masuk Hospital Bantaeng, sudah ditolak. Akhirnya kami bawa Hartina ke Hospital Jeneponto dan Hospital Takalar, juga ditolak. 


"Oleh kerana ditolak pihak hospital daerah, kami pun pergi ke Hospital Labuang Baji di Makassar, pun ditolak juga dengan alasan tidak melakukan ujian saringan Covid-19. 


"Kemudian kami pergi ke Hospital Kartini, ditolak kerana tidak ada kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum dibawa ke Hospital Ananda, pun masih ditolak lagi," katanya. 


Sehinggalah Hartina dibawa ke Hospital Plamonia, sebelum dirujuk ke Hospital Wahidin dan Hartina disahkan meninggal dunia. 


"Memang di Hospital Plamonia dibantu, tetapi tidak diturunkan dari ambulans. Akhirnya Hartina dibawa ke Hospital Wahidin. Baru saja tiba di dewan bersalin dalam beberapa minit, Hartina disahkan meninggal dunia," kata Haerul. 


Haerul dan keluarganya sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku kerana pihak hospital sepatutnya memberi layanan yang baik kepada sesiapa sahaja, apatah lagi ibu hamil yang sangat memerlukan bantuan. 


"Dari kampung sampai ke Kota Makassar kami bawa Hartina untuk mendapatkan bantuan pihak hospital. Apakah pihak hospital tidak mempunyai hati nurani dan bagaimana perasaan mereka kalau keluarga mereka sendiri yang mengalami situasi seperti ini?" katanya. 


Sementara itu, Hospital Bantaeng, yang pertama kali didatangi oleh keluarga Hartini, mengaku tidak pernah menerima pesakit berkenaan. 


"Kami telah meneliti dalam sistem informasi, tiada pesakit yang masuk di atas nama Hartina. Kalau ada, mesti data kemasukannya ada di dalam sistem," kata Ketua Bahagian Perkhidmatan Perubatan Hospital Bantaeng, Doktor Hikmawati. 


Hospital Jeneponto juga memberikan jawatan yang sama. Sementara itu, Hospital Anada menjelaskan, ketika Hartina sampai di hospital mereka, Hartina mengalami tekanan darah tinggi dan kekejangan otot. 


Pengurus Perkhidmatan Perubatan Hospital Ananda, Doktor Fira berkata, Hartina perlu mendapatkan rawatan di ICU yang lengkap, berbanding Hospital Ananda yang serba kekurangan. 


"Ketika pesakit tiba di Hospital Ananda, doktor datang memeriksanya di dalam kereta dan mendapati pesakit mengalami kekejangan dan masalah kesukaran bernafas. Dan dalam keadaan seperti itu, dia memerlukan rawatan di ICU yang lebih bagus," kata Doktor Fira. 


Pihak Hospital Wahidin yang menerima Hartina berkata, pesakit masuk pada jam 9.45 malam dan diberi bantuan perubatan. Namun keadaan pesakit terus merosot dan akhirnya meninggal dunia pada jam 9.58 malam," kata jurucakap Hospital Wahidin. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3qVheAo
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger