Home » , » Kanak-kanak perempuan mati kesejukan di bawah suhu -15' Celcius di dalam rumahnya

Kanak-kanak perempuan mati kesejukan di bawah suhu -15' Celcius di dalam rumahnya

shamsulazlan | 01:24 | 0 comments


Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati kesejukan di Rusia setelah mangsa berjalan semasa tidur sehingga keluar dari biliknya ke ruang legar yang tidak dipasang alat pemanas di mana suhu pada ketika itu adalah -15'Celcius, tanpa disedari ibu bapanya.


Angelina, 3, ditemui tidak bernyawa berhampiran depan pintu utama rumah oleh ibunya, Svetlana Kuleshova, 23, setelah mendapati anak perempuannya itu tiada di dalam bilik. 


Difahamkan, keluarga itu baru sahaja menyambut hari ulang tahun anak kelahiran bongsu mereka yang berusia satu tahun, pada petang sebelum kejadian itu berlaku di bandar Satka, selatan Rusia.


Menurut Svetlana, "Saya meletakkan Angelina di bilik tidurnya dan dia tertidur sebelum tengah malam. Saya dan suami kemudian menonton televisyen seketika sebelum masuk tidur. 


"Apabila kami bangun di waktu pagi, saya mendapati Angelina tiada di dalam bilik tidurnya. Setelah dicari, Angelina ditemui dalam keadaan terbaring di lantai berhampiran pintu utama," katanya. 


Ibu bapa mangsa berkata, Angelina cenderung untuk berjalan ketika tidur dan mereka selalu terpaksa membawanya kembali ke bilik tidur. Tetapi pada malam kejadian, 4 Disember 2020 itu, mereka langsung tidak menyedari Angelina keluar dari bilik. 


Svetlana percaya, Angelina berjalan keluar dari biliknya ke ruang legar, ruang yang tidak dipasang alat pemanas pada malam kejadian. Angelina dipercayai tidak dapat mencari jalan pulang ke biliknya.


"Dia mempunyai masalah berjalan semasa tidur. Dia pergi ke ruang legar dan tidak menemui jalan kembali ke biliknya. Berkemungkinan besar dia tidak menemui tombol pintu dalam kegelapan malam dan menyebabkan dia tidak dapat masuk ke biliknya semula. 


"Saya dan suami langsung tak dengar apa-apa bunyi sepanjang malam pada hari kejadian," katanya. 


Polis kini sedang menyiasat kes tersebut dan tidak menolak pasangan itu melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian mangsa. Jika didapati bersalah, Svetlana berdepan dengan hukuman penjara selama dua tahun. 


Pegawai penguatkuasa undang-undang, Mikhail Krokhin berkata, "Siasatan menunjukkan mangsa meninggalkan biliknya dan keluar ke ruang legar itu sendirian, di mana dia mengalami hipotermia menjadi punca penyebab dirinya maut," katanya. 


Pada musim sejuk, tahap suhu di kebanyakan tempat di bandar Satka boleh turun sehingga -17'Celcius dan adakalanya boleh mencecah ke angka -25'Celcius. 


Susulan kejadian itu, pihak perkhidmatan sosial terpaksa mengambil anak bongsu pasangan berkenaan dan dibawa ke rumah anak yatim untuk perlindungan sementara sehingga siasatan itu selesai. Ahli psikologi juga sedang mengesahkan keterangan Svetlana bagi memastikan kenyataannya itu adalah benar. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/2JVVljG
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger