Home » , » 'Semua motor terbaring sebab ditendang polis' - kata remaja ditahan kerana tiada lesen & ini respon polis...

'Semua motor terbaring sebab ditendang polis' - kata remaja ditahan kerana tiada lesen & ini respon polis...

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Ahad 6 Disember 2020, polis menahan 76 penunggang motosikal di atas pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan yang dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di Jalan Persiaran Tasik Senangin, Mahkota Hill, Lenggeng, Negeri Sembilan. 


Sebanyak 327 saman telah dikeluarkan dan tiga daripada jumlah yang ditahan disahkan positif dadah jenis methaphetamine setelah menjalani ujian saringan air kencing. 18 buah motosikal juga disita untuk tindakan lanjut. 


Gambar-gambar penahanan penunggang motosikal itu turut tersebar di media sosial dan salah satu gambar menunjukkan semua motosikal 'terbaring' di tepi jalan. 


BACA: 'HOBI KAMI MAHAL' - 76 PENUNGGANG MOTOSIKAL DITAHAN, 327 SAMAN DIKELUARKAN


Salah seeeorang remaja lelaki yang ditahan dalam ops tersebut tampil mendedahkan motosikal yang 'terbaring' itu ditendang oleh anggota polis pada hari kejadian. 


Ahmad Razali, 18, berasal dari Semenyih berkata, dia terkejut dan terkilan dengan tindakan anggota terbabit.


"Saya dari rumah nak keluar berjalan-jalan dengan rakan-rakan. Semua sekali tujuh motosikal. Dalam perjalanan, tiba-tiba ada operasi yang dilakukan pihak polis dan kami ditahan beramai-ramai. 


"Kalau boleh lihat dalam gambar itu, motosikal yang terbaring di tepi jalan itu adalah disebabkan ditendang pihak polis, manakala kami diarahkan untuk duduk dan tidak boleh mengeluarkan telefon. Saya tak sangka pihak polis buat macam tu," dakwanya memetik laporan dari mStar Online. 


Ahmad juga mengakui dia ditahan atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen dan sudah kerap ditahan polis dalam sekatan jalan raya. 


"Saya ditahan kerana tidak mempunyai lesen. Sebenarnya sudah banyak kali saya kena tahan. Tapi kali ini lain macam sikit caranya," katanya. 


Ahmad berkata motosikalnya mengalami kerosakan pada brek dan cover set di bahagian depan pecah akibat perbuatan anggota terbabit. Mereka hanya dibenarkan pulang pada jam 11 malam setelah saman dikeluarkan. 


Bagaimanapun, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Nilai, Asisten Superintendan Mohd Hafidzal Zainal Abidin menafikan dakwaan remaja itu. 


"Tidak berlaku sebarang kejadian tendang-menendang motosikal pun pada hari operasi tersebut. Itu hanya provokasi sahaja dan sudah menjadi kebiasaan menerima komen-komen negatif seperti itu," katanya. 


Jelas beliau, motosikal yang terbaring di bahu jalan itu adalah disebabkan mereka (pesalah trafik) ingin melarikan diri dan melanggar sesama diri mereka kerana semua jalan tikus telah ditutup oleh pihak polis. 


"Mereka yang langgar sesama mereka. Bila dah jatuh, kami biarkan saja motosikal itu. Buat apa kami nak susahkan diri nak tendang motosikal itu semua?" katanya. 


Sumber: mStar Online



from The Reporter https://ift.tt/3gB4oCp
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger