Home » , » 'Saya nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya' - Muizz dedah punca dia failkan perceraian terhadap Nadia Brian

'Saya nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya' - Muizz dedah punca dia failkan perceraian terhadap Nadia Brian

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments


Rumah tangga pelakon Nadia Brian dilaporkan sedang bergolak dan kini beliau mengesahkan suaminya, Muizz Nasruddin sudah memfailkan perceraian di mahkamah. 


"Ya, dia sudah failkan perceraian dan kini tunggu tarikh untuk kami hadir ke mahkamah. Saya tahu ramai yang mencari sebelum ini untuk dapatkan kenyataan tentang isu sekarang. Minta maaf sebab tak dapat menjawab sebab saya pun sibuk dengan penggambaran. 


"Status sekarang, pihak sana sudah failkan, cuma mahkamah belu mbuka sebab pandemik Covid-19. Kmeudian baru saja beroperasi semula pada 6 Disember lalu dan sekarang menunggu tarikh," katanya. 


Dalam pada itu juga, Nadia mendedahkan dia dan suaminya sudah tiga bulan tidak tinggal bersama. Mengenai tuduhan curang yang dilaporkan itu, Nadia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tidak mengeruhkan keadaan. 


"Kita tunggu mahkamah buka dan doakan semuanya dipermudahkan. Jika tiada bukti, semua tuduhan terhadap saya ialah fitnah. Selama ini saya diamkan diri bukan kerana takut tetapi tidak mahu keruhkan keadaan. 


"Fitnah, kata-kata yang tidak baik kepada saya dan keluarga selama ini tak akan saya maafkan kecuali mereka datang sendiri memohon kemaafan," katanya.


Sementara itu, Muizz melalui laporan Harian Metro mendedah, dia dengan matanya sendiri melihat isterinya itu bersama dengan seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya.


"Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya," katanya menjelaskan mengapa dia mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 2 Oktober lalu. 

 

Menurut Muizz, dia akan dianggap sebagai lelaki dayus sekiranya dia berdiam diri dan tidak menceraikan Nadia. 


"Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus. Semoga Allah lembutkan hati saya untuk memaafkan perbuatannya," katanya. 


Muizz juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Balai Polis Cyberjaya pada 6 Oktober lalu. 


Mengenai bukti, Muizz tidak dapat mendedahkannya kerana perkara itu kini dalam siasatan polis. Apa yang dapat dikongsikan oleh Muizz ialah, dia mempunyai bukti mereka berdua menginap di hotel itu selama dua malam. 


Jika terbukti lelaki itu melakukan kesalahan, dia kana didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah. 


Menjelaskan mengenai kenyataan Nadia yang mendakwa tuduhan curang itu adalah fitnah, Muizz berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk memfitnah isterinya sendiri dan kejadian itu dilihat di depan matanya sendiri. 


"Saya tak faham 'fitnah' apa yang dikatakan oleh isteri saya. Kenapa saya nak fitnah isteri sendiri? Kami baru berkahwin tak sampai setahun. Apa yang saya peroleh dari semua ini? Saya ada bukti yang secukupnya. Apa yang paling penting, saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. 


"Saya sudah menunjukkan bukti-bukti yang ada kepada isteri dan keluarganya. Isteri saya pun mengaku kesilapannya kepada saya. Adakah itu masih fitnah? Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah-sudahlah berlagak sebagai mangsa di media sosial untuk menunjukkan yang saya ini jahat. Kenapa masih menegakkan benang basah?" katanya. 


Bagi Muizz, dia tidak berniat untuk mengaibkan Nadia tetapi dia bertindak mengeluarkan kenyataan itu untuk membersihkan nama dan maruahnya serta keluarga. Muizz berharap, kejadian itu juga dijadikan sebagai pengajaran kepada mereka yang dicurangi kerana ada undang-undang yang boleh membantu pihak yang terakniaya. 


"Saya ingin episod ini berakhir secepat mungkin supaya saya boleh meneruskan kehidupan. Kebenaran itu pasti. Insya-Allah," katanya.


Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019. 


Sumber: Harian Metro, Roti Kaya



from The Reporter https://ift.tt/3mgj3o1
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger