Home » , » 'Kita tunggu keputusan PDRM' - YouTuber terpalit dengan kes cabul, dibebaskan polis dengan jaminan

'Kita tunggu keputusan PDRM' - YouTuber terpalit dengan kes cabul, dibebaskan polis dengan jaminan

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


YouTuber yang dikaitkan dengan kes cabul talent wanita di sebuah inap desa di Kubang Kerian Ogos lalu, dibebaskan dengan jaminan polis semalam. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris mengesahkan lelaki berusia 22 tahun itu dibebaskan dan pihaknya masih menjalankan siasatan. 


"Ya, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Pihak polis masih teruskan lagi siasatan yang belum lengkap," katanya. 


Sementara itu dalam kenyataan awal YouTuber berkenaan di Instagramnya berkata, dia kini sedang menunggu keputusan siasatan polis dan kejadian itu juga telah membuatkan dia dapat membezakan siapa kawan atau sahabat. 


"Kita tunggu keputusan PDRM. Alhamdulillah mulai hari ini saya dah dapat bezakan siapa kawan, siapa sahabat," tulisnya. 



Terdahulu, seorang wanita berusia 24 tahun membuat pendedahan mengenai perbuatan YouTuber terbabit di media sosial dan mendesaknya memohon maaf secara terbuka. Namun tuntutan itu tidak diendahkan, membuatkan mangsa terpaksa membuat laporan polis yang menyebabkan lelaki itu ditahan reman. 


Baca: 'Dia cuba buka seluar, baju saya' - Gadis dakwa dicabul YouTuber terkenal, buat laporan polis


Baca: 'Kau nak perang kan?' - YouTuber terkenal ditahan selepas mangsa buat laporan polis


Baca: YouTuber cabul anak dara orang direman 2 hari, netizen fokus pada ketampanan anggota polis di sebelah suspek


Berdasarkan pendedahan mangsa, suspek cuba merogolnya dalam bilik di sebuah inap desa di Kubang Kerian pada 1 Ogos lalu. Suspek dikatakan cuba membuka pakaian mangsa, tetapi tidak berjaya. Suspek kemudian melakukan onani di hadapan mangsa.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2WezKWn
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger