Wanita warga emas maut akibat ditetak bakal teman lelaki kepada anak perempuannya dalam tragedi yang berlaku di Kampung Kuyuh, Pitas, Sabah, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, kejadian berlaku pada jam 11.15 malam, di mana suspek berusia 29 tahun itu datang ke rumah tunangnya untuk mengajak pulang ke kampung di Paitan.
Bagaimanapun, wanita berkenaan menolak ajakannya itu dan memberitahu mahu memutuskan pertunangan mereka. Kata-kata itu membuatkan suspek berang lalu mengamuk sebelum menyerang mangsa dan keluarganya menggunakan parang.
"Antara yang cedera adalah tunang supek sendiri bersama adik dan bapanya. Mayat mangsa, Habibah Abungon, 68, yang maut akibat kecederaan parah ditemui terlentang di bahagian dapur dengan kesan darah di atas lantai.
'Semua mangsa yang cedera, berusia 24 hingga 65 tahun, telah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.
"Siasatan masih diteruskan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2KFYMev
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment