Home » , » Bayi 4 bulan parah selepas dicampak ibunya dari tingkat 4 untuk kali kedua

Bayi 4 bulan parah selepas dicampak ibunya dari tingkat 4 untuk kali kedua

shamsulazlan | 07:24 | 0 comments


Bayi perempuan berusia empat bulan mengalami kecederaan parah selepas dicampak ibunya dari kediaman mereka di tingkat lima sebuah pangsapuri di Shijiazhuang, wilayah Hebei, China. 


Difahamkan, mangsa sebelum ini pernah dicampak dari tempat yang sama, sejurus selepas dia dilahirkan. Namun bernasib baik kerana sempat diselamatkan oleh jirannya. 


Pada 30 November 2020, mangsa dicampak keluar dan mujur kejadian itu disedari oleh seorang penghantar makanan yang dikenali sebagai Yang Yanfeng, terus segera menyelamatkan mangsa. 


"Badannya berubah keungguan kerana kesejukan, tangan dan kaki masih bergerak tetapi badannya sejuk," kata Yang ketika dia menemui mangsa yang terbaring di jaring keselamatan dengan hanya memakai lampin.


Mangsa yang mengalami kecederaan serius dikejarkan ke Hospital Ketiga di Universiti Perubatan Hebei. Bagaimanapun, bapa mangsa yang dikenali sebagai Zheng, menolak diberikan rawatan lalu membawa anaknya itu pulang ke rumah. 


Tujuh hari selepas kejadian itu, mangsa akhirnya dibawa ke Hospital Kanak-Kanak di Shijiazhuang dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor Huang Bo yang bertugas di ICU berkata, mangsa mengalami kecederaan otak, lebam dan mengalami pendarahan di paru-paru. 


Menurut bapa mangsa, dia tidak berada di rumah ketika kejadian kali kedua itu berlaku dan hanya mengetahui kejadian yang pertama sahaja. Zheng berkata, dia telah memasang jaring keselamatan selepas kejadian pertama itu berlaku. 


Sukarelawan sebelum itu juga ada mengunjungi bayi berkenaan setiap hari di rumah keluarga itu dan mendapati bayi itu hanya terbaring di katil. Zheng juga enggan menukar pakaian dan selimut anaknya. 


Apabila ditanya mengapa dia membawa anaknya pulang, Zheng menjawab dia tahu bagaimana caranya untuk menjaga bayi sambil menambah yang dia pernah menjadi pekerja dan pembantu di pusat pelindungan. 


"Menjaga bayi adalah kepakaran saya. Di hospital terlalu banyak kuman berbanding di rumah kami yang mempunyai persekitaran yang jauh lebih baik," katanya. 


Sejak kejadian 30 November itu, pegawai kebajikan masyarakat kerap datang melawat bayi itu dan berjaya membawanya ke hospital pada 2 dan 5 Disember. Tetapi Zheng membawa anaknya pulang ke rumah. 


Usaha demi usaha, akhirnya pihak berkuasa berjaya memujuk si ibu yang dikenali sebagai Wei untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital pada 4 Disember dan bayinya juga dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


Sumber: Next Shark



from The Reporter https://ift.tt/3m7g6pK
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger