Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kulim hari ini di atas lapan pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur sehingga melahirkan anak pada Julai 2020.
Tertuduh yang berusia 15 tahun ketika melakukan jenayah itu membuat pengakuan tersebut dalam prosiding tertutup dalam kamar Majistret Che Rohana Ismail.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan hubungan intim dengan mangsa berusia 14 tahun sebanyak lapan kali sehingga mangsa hamil dan melahirkan bayi lelaki pada 28 Julai 2020.
Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah kosong di sebuah taman perumahan dari 12 Oktober 2019 hingga 15 Mac 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Abdul Ghani dan tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K Kiren Ram.
Mahkamah menetapkan 19 Januari 2020 untuk tarikh sebutan kes untuk menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi semua pertuduhan tersebut.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/3mNx78Q
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment