Seorang lelaki di Korea Selatan berusia 40 tahun ditahan kerana dituduh menipu dan mengambil wang milik keluarga isterinya sebelum menghilangnya diri.
Polis percaya, suspek sememangnya sudah merancang untuk melakukan jenayah itu sejak dari awal lagi sehingga sanggup menyewa orang ramai untuk menyamar menjadi tetamu di majlis perkahwinannya.
Difahamkan, pasangan itu berkenalan di kawasan perkarangan parkir kenderaan. Suspek mendekati wanita itu yang selalu meletakkan keretanya di parkir tersebut. Suspek mengaku dirinya ahli perniagaan. Suspek juga menceritakan kepada ibu bapa wanita itu yang dia bakal mewarisi harta yang banyak termasuk bangunan tempat parking, selepas ibu bapanya meninggal dunia.
Tertarik dengan cerita lelaki berkenaan, ramai ahli keluarga dan saudara wanita itu menghulurkan wang dengan harapan dapat membuat pelaburan bersama. Beberapa hari kemudian, pasangan itu akhirnya berkahwin.
Dua minggu selepas majlis perkahwinan, si isteri mahu mendaftarkan perkahwinan mereka mengikut saluran undang-undang. Tetapi, suspek keluar dari rumah dengan menunggang basikal dan membawa wang sebanyak 547,000,000 won (RM2,031,453) serta tidak pernah kembali lagi selepas itu.
Puas si isteri cuba menghubungi telefon bimbit suaminya, namun tidak dapat dihubungi. Si isteri kemudian pergi ke tempat kerja suaminya dan diberitahu bahawa lelaki itu sebenarnya pembohong. Lelaki yang dikahwininya itu hanyalah pekerja kontrak. Malah, dia tidak mewarisi sebarang harta dari ibu bapanya.
Lebih mengejutkan, para tetamu dari pihak suami yang datang pada majlis perkahwinan itu rupa-rupanya adalah pelakon berbayar.
Mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menangkap suspek. Semakan data juga mendedahkan, ramai wanita yang pernah membuat laporan polis terhadap suspek yang didakwa memperguna dan menipu mereka. Suspek juga dikatakan selalu menyamar sebagai individu yang mempunyai jawatan tinggi seperti juruterbang untuk menjerat mangsanya. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3oV5bkx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment