Home » , » Mekanik belasah lelaki pedo sampai mati ketika untuk selamatkan 2 kanak-kanak, berdepan hukuman penjara 15 tahun

Mekanik belasah lelaki pedo sampai mati ketika untuk selamatkan 2 kanak-kanak, berdepan hukuman penjara 15 tahun

shamsulazlan | 00:24 | 0 comments


Seorang mekanik yang membelasah pedofilia sehingga mati ketika menyelamatkan kanak-akan cari menjadi mangsanya didakwa atas kesalahan membunuh. 


Vladimir Sankin, 34, berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun selepas membunuh Vladimir Zaitsev, 54, di Rusia, dalam keputusan juri yang mengejutkan banyak penyokong Sankin. 


Tertuduh yang sudah berkahwin dan dijangka akan dijatuhkan hukuman pada minggu depan berkata, "Saya ada pilihan, sama ada nak biarkan atau menyelamatkan kanak-kanak itu. Pasti semua orang akan buat perkara yang sama jika mereka berada di tempat saya". 


Terdahulu juri meminta kelonggaran dalam hukuman, namun setelah lapan jam perbincangan keputusan menetapkan Sankin bersalah di atas pembunuhan itu walaupun terdapat bukti bahawa penyebab kematian Zaitsev adalah disebabkan 'frostbite', bukannya disebabkan Sankin yang memukulnya dengan kayu. 


Dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 14 tahun pada hari kejadian, telah diumpan oleh Zaitsev ke rumahnya di bandar Ufa. Zaitsev kemudian memberi minuman alkohol kepada mereka dan disuruh menanggalkan pakaian atau dibunuh sekiranya enggan berbuat demikian. 


Bagaimanapun mangsa berusia 10 tahun berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan dari Sankin yang kebetulan lalu di kawasan itu, terus pergi ke rumah Zaitsev untuk menyelamatkan seorang lagi mangsa dan menahan Zaitsev sebelum menghubungi pihak polis. 


Menurut siasatan, kedua-dua mangsa pada masa itu telah dilepaskan ketika Sankin tiba di tempat kejadian dan berkata Sankin memukul Zaitsev sehingga terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai. Sebaik saja ambulans tiba di lokasi, paramedik mengesahkan Zaitsev telah meninggal dunia. 


Kes Sankin itu mendapat banyak perhatian pelbagai pihak yang juga mewujudkan petisyen yang telah ditandatangani 70,000 orang menuntut dakwaan terhadap Sankin digugurkan kerana dia bertindak sedemikian untuk menyelamatkan mangsa. 


Peguamnya, Shota Gorgadze akan memuat rayuan dan mendesak hakim menangguhkan perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman atau memohon kes itu dibicarakan semula dengan tuduhan yang lebih rendah. 


Sementara ibunya, Galina, berkata, "Saya tak rasa anak lelaki saya ini membunuh, sebaliknya dia mempertahankan kanak-kanak itu. Laporan forensik sendiri menyatakan Zaitsev mati akibat frostbite, bukannya dibunuh oleh anak saya". 


Isteri Sankin, Polina Naumova berkata, "Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku jika suami saya biarkan saja kejadian itu berlaku," katanya. 


Zaitsev sebelum ini pernah dipenjara selama 17 tahun atas kesalahan serangan seksual termasuk kes liwat dan tindakan seksual ganas.


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3h84p0X
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger