10 remaja lelaki yang disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuyan berusia 12 tahun, dilanjutkan lagi tempoh reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Pendaftar Mahkamah Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali, mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia 13 hingga 19 tahun itu dilanjutkan sehingga 17 Disember 2020.
Terdahulu, mangsa mendakwa dia telah dirogol sekumpulan lelaki termasuk suspek utama yang baru sahaja dikenalinya dalam dua hari melalui aplikasi WhatsApp.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 4 petang, 6 Disember hingga awal pagi 7 Disember 2020 di dua buah kediaman berasingan yang terletak dua kilometer antara setiap sebuah kediaman.
Berdasarkan laporan awal, mangsa menerima mesej di WhatsApp di mana suspek utama mengajaknya keluar pada jam 4 pagi sebelum suspek dan lima rakannya datang ke rumah nenek mangsa, lalu membawa mangsa pergi ke rumahnya dan dirogol bergilir-gilir.
BACA: DIAJAK KELUAR JAM 4 PAGI, KANAK-KANAK PEREMPUAN DIROGOL LEBIH 10 REMAJA LELAKI
Ketika mangsa meminta untuk dihantar pulang, suspek membawa mangsa ke rumah lain dan sekali lagi dirogol oleh semua suspek.
Dua pegawai perubatan di Hospital Kemaman yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa mengesahkan, terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/37g1Fvd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment