Pengerusi Barisan Nasional (BN) berjanji akan mengembalikan geran padanan bagi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) jika BN kembali berkuasa pada PRU-15.
Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agong MCA semalam berkata, peruntukan yang lebih besar akan diberikan kepada TAR UC sekiranya masyarakat Cina kembali memberi mandat kepada BN untuk mentadbir Putrajaya.
"This is my promise. Maka janji untuk memberikan peruntukan kepada Kolej Tar dan Universiti TAR sebagaimana yang dijanji oleh kerajaan lalu, jika kita ambil alih sebagai kerajaan, semua janji itu akan dipenuhi," katanya,
Mendengar ucapan itu, semua ahli MCA yang hadir memberi tepukan gemuruh.
"Kalau semakin banyak sokongan pengundi-pengundi Cina, (BN) akan tambah lagi peruntukan," katanya yang juga menjelaskan bahawa UMNO dan BN akan menyokong perjuangan MCA dalam memperjuangkan peruntukan untuk TAR UC.
"Atas nama BN, UMNO dan BN sokong MCA untuk memperjuangkan nasib TAR UC dan Utar kerana di dalam soal pendidikan, tidak ada agenda politik, tidak ada agenda kaum, agama dalam soal pendidikan.
Menurut laporan dari MalaysiaKini, TAR UC menerima purata RM30 juta sehingga RM60 juga setiap tahun di masa pentadbiran BN dulu. Namun pada tahun ini, kerajaan hanya memberi peruntukkan RM5.5 juta untuk TAR UC dan tiada geran diberikan.
Dalam Belanjawan 2020, peruntukan TAR UC dikurangkan lagi kepada RM1 juta.
22 November lalu, kerajaan bersetuju menyalurkan RM30 juga kepada TAR UC melalui dana amanah yang diuruskan oleh alumni.
Pada 26 November lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan TAR UC bahawa lembaga pemegang amanahnya adalah haram kerana semua pemegang amanah adalah ahli MCA.
Tetapi, Presiden MCA Wee Ka Siong pula membidas kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa tiada undang-undang yang mengatakan ahli-ahli parti politik tidak boleh duduk dalam lembaga pemegang amanah. Malah Wee menyifatkan kenyataan tersebut melanggar hak asasi manusia.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/2OZcmrI
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment