Seorang lelaki di Thailand terkejut apabila dia mengeluarkan cacing pita yang masih hidup dari duburnya.
Jurugambar bebas, Kritsada Ratprachoom, 44, dari Udon Thani, sebelum itu baru sahaja menghantar anaknya ke sekolah sebelum terasa sakit perut dan pergi ke tandas.
Selepas selesai membuang air besar, Ratprachoom berkata, dia dapat merasakan ada sesuatu yang keluar dari duburnya.
Difahamkan, Ratprachoom sebelum itu baru menjalani pembedahan membuang apendik, seminggu lalu dan menyangka ada lebihan 'tali' yang tertinggal dari pembedahan itu.
Namun, 'tali' itu kelihatan melekit dan melentur, rupa-rupanya cacing pita yang masih hidup.
Dia perlahan-lahan menarik cacing itu keluar dan mengambil gambar cacing pita itu sebelum membuangnya ke dalam tandas. Sehingga kini, Ratprachoom masih tidak mengetahui bagaimana cacing itu boleh berada di dalam badannya.
Cacing pita berada di dalam badan apabila seseorang itu minum atau makan makanan yang dicemari dengan cacing atau telurnya.
from The Reporter https://ift.tt/34akDyI
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment