Home » , » 'Yang kembar tu memang mak nak, jangan jadi anak derhaka' - Mertua paksa menantu serahkan anaknya untuk diberi kepada ipar

'Yang kembar tu memang mak nak, jangan jadi anak derhaka' - Mertua paksa menantu serahkan anaknya untuk diberi kepada ipar

shamsulazlan | 05:16 | 0 comments

Salam admin. Saya nak bercerita sambil meminta pendapat.

Saya ibu anak dua, seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki darjah 5 dan yang perempuan berusia 2 tahun. Sekarang saya sedang hamil bayi kembar lelaki.

Hidup saya bukanlah mewah sangat tapi dalam kategori senang. Tak pernahlah nak apa-apa tak dapat teringin apa-apa tak dapat, kira bukan kategori susah sebab suami isteri bekerja.

Yang menjadi masalah sekarang ibu mertua saya dari usia kandungan saya 3 bulan asyik minta salah seorang anak kembar saya untuk diberikan kepada anaknya iaitu abang ipar saya dan isterinya.

Kata ibu mertua saya,

"Cukuplah sudah ada dua anak, dalam perut kan ada dua lagi".

Dia cuma minta seorang yang dalam perut, bukan dua-dua. Nak pecah jantung saya dibuatnya. Anak saya ni, darah daging saya. Macam itu saja dia minta konon kasihan pada abang ipar dan isteri yang sudah lama berkahwin tapi tak ada zuriat.

Suami saya dah banyak kali menolak dengan alasan kami mampu dan kami tiada masalah kewangan. Tiada sebab nak bagi anak kat orang. Tapi ibu mertua saya tak pernah puas pujuk saya. Ketika saya sedang menaip ini, dia ada di rumah kami sedang dalam usaha memujuk suami saya. Datang bersama abang ipar dan isteri.

Salahkah tindakan saya? Kedekutkah saya? Pentingkan dirikah saya? Ibu mertua saya kata, kalau bagi anak saya kepada abang ipar, masa depan anak saya terjamin sebab mereka berdua pun kerja bagus-bagus. Ibu mertua juga seorang ibu, dia tak fahamkah apa yang saya rasa?

Saya buntu, sedih. Sekarang ini dia datang ke rumah saya dengan abang ipar dan isteri nak bawa balik anak-anak saya yang abang dan yang perempuan berumur dua tahun pula. Katanya cuti sekolah nak bawa jalan-jalan. Biar saya berehat sebab saya hamil.

Kenapa mereka ini nak ambil anak-anak saya? Saya memang tak akan izinkan. Rumah mereka jauh di Johor dan saya di Kuala Lumpur.

Tolonglah saya, saya buntu. Suami saya memang tak izinkan tapi saya pelik, kenapa nak anak-anak saya? Dia siap kata kat suami saya,

"Yang kembar tu memang mak nak ye. Jangan jadi anak derhaka.."

Ya Allah!



from The Reporter https://ift.tt/2YLz37h
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger