Menurut wanita yang meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai isu itu di Twitter berkata, pemandu MyCar itu bukan sahaja biadab, malah tidak menunjukkan layanan yang sepatutnya kepada pelanggan.
Difahamkan, @CGigiBesi dan rakannya sebelum itu cuba mendapatkan perkhidmatan Grab Car tetapi tiada pemandu dapat mengambil mereka pada waktu itu. Lalu mereka membuat tempahan melalui aplikasi MyCar.
"Lepas tu the driver arriced tapi nowhere to be seen. Masa tu hujan, so tunggu kat main entrance sebab situ memang pickup point. Lepas tu dia tak ada juga. So kitorang call and he already sounded very rude sebab dia respond 'so?' and 'oh' je time kitorang tanya dia kat mana.
"As I mentioned, it was raining and masa call dia kata dia dekat bus stop which is jauh and kitorang terpaksa redah hujan. But kitorang okey je sebab tak nak susahkan dia.
"So then masuk kereta and I said to him kenapa tak ambil kat pickup point je? Then dia explain rudely cakap macam ni, 'f**k man, you pay RM6 and you expect us to pick u up anywhere u want? u should be grateful it's only RM6'.
"Lepastu kitorang macam 'eh asal salahkan pulak bendanya murah. Dah memang harga kat app macam tu'. Lepastu kitorang argue for the whole time sebab dia tak chill, rude nak mamp*s.
"Then he sent us back dekat pickup point sebab dia dah tak nak hantar. What the fish?! Aku cakap dengan dia literally baik-baik and tak cari gaduh pun.
was definitely an unpleasant ride. he sent us back to our initial destination and rudely said ‘ get out la ‘ to us. we didn’t even said anything harsh to him. pic.twitter.com/Gv8Z8MSF0w— b (@CGigibesi) December 15, 2019
"He kept blaming us because of the cheap fee. Kitorang kena redah hujan just because nak pergi kat dia. No need to reply rudely kot," katanya.
Difahamkan, pihak MyCar telah menghubungi pengadu untuk melakukan siasatan terhadap isu berkenaan yang membabitkan pemandunya.
Sementara itu di media sosial, netizen menyelar kebiadaban pemandu itu yang jelas sekali tidak mempunyai etika dan tidak layak melakukan pekerjaan yang berurusan dengan orang awam.
Sumber: @CGigiBesi
from The Reporter https://ift.tt/2rV3z2z
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment