Home » , » Budak tendang kereta kereta yang langgar dia & ibunya sehingga jatuh di laluan pejalan kaki

Budak tendang kereta kereta yang langgar dia & ibunya sehingga jatuh di laluan pejalan kaki

shamsulazlan | 00:16 | 0 comments

Sesiapa saja yang berada di situasi itu, pasti akan melakukan tindakan yang sama atau mungkin lebih daripada itu. 

Video viral (CCTV) menunjukkan seorang wanita dan anak lelakinya sedang melintas jalan di laluan pejalan kaki. Namun dilanggar oleh sebuah kereta enggan berhenti dan memberi laluan kepada dua beranak itu. 

Akibatnya, si ibu dan anak terjatuh beberapa meter ke depan. 

Kanak-kanak lelaki itu tidak mengalami kecederaan, namun dia risau melihat keadaan ibunya yang tidak dapat berdiri selepas dilanggar. 

Berang dengan kejadian itu, dia bangun dan menendang bampar depan kereta Nissan SUV tersebut sebelum memarahi pemandu itu tanpa sebarang rasa takut. 

Pemandu itu kemudian keluar dari kereta untuk memeriksa keadaan mangsa yang kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. 

Netizen memuji tindakan berani kanak-kanak itu kerana sikapnya yang berani mempertahankan ibunya.



from The Reporter https://ift.tt/2YG14Nr
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger