Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
FAMILY aku decide nak bercuti di Terengganu. Then cubalah cari di Google, rumah sewa dengan harga yang berpatutan dan bilangan bilik. Pastu, kami pun jumpalah satu blog sewaan rumah di Terengganu. Abah pun ambil nombor pemilik, pastu mesej melalui WhatsApp.
Rumah itu disewa dengan harga RM150 semalam. Jadi, kami bayar untuk dua malam. Kami bercuti di situ untuk tiga hari dua malam. Pastu, abah bawalah pergi ke rumah yang pemilik hantar location di WhatsApp.
Jalan ke rumah sewa itu agak kecil dan nak sampai ke rumah itu pun dalam kuga. Sampai di rumah itu, memang rasa seronoklah juga dengan rumah besar. Aku rasa rumah itu macam banglo, rumah dua tingkat.
Dah sampai tu aku, abang, kakak dengan abah masuklah ke rumah itu nak tengok macam mana keadaan di dalamnya.
"Mak kau tak masuk ka?"
So yah, sampai je rumah sewak, mak aku tak masuk. Mak duduk di luar lamalah juga. Dia cakap dia tak sedap hati, macam ada yang tak kena.
"Tak ada apalah, okey ja. Sejuk pun sejuk sini," kata abang.
Then aku tengok mak aku pusing satu rumah sambil baca ayat kursi. Time tu aku blur gila. Dah kenapa pusing-pusing satu rumah? Pastu mak masuk rumah. Rumah tu tangga dia bukan tangga yang jenis lurus, tetapi tangga kena pusing, macam dalam tv yang artis berlakon tu.
Time tu kakak nak mandi. Kakak nak turunlah pergi mandi. Masa dia nak turun tangga, dia rasa macam ada orang main-main sentuh pergelangan kaki dia. Tetapi dia buat tak tau je, dia ingat dia tersangkut dengan apa-apa ke.
Habis saja dia mandi, then pergi salin pakaian. Dia turun nak join aku tengok TV. Selalunya kan kalau rumah sewa, depa akan letak buku atau majalan apa-apa untuk jadi bahan bacaan. Aku nak ambil buku tu di meja depan kakak. Masa tu aku tengok buku lali kakak macam biru lebam-lebam. Aku pun tegur kot kakak terjatuh di mana-mana ke.
Dia pun terkejut tengok keadaan kaki dia. Yela, bila masa dia jatuh kan. Elok mandi apa semua. Then kakak tunjuklah kat abang.
"Alaaa, kak hang manja sangat tu. Adalah tu jatuh mana-mana, bukan nak habaq kat hang kot. Takda apa aih, siapa berani buat adik-adik aku. Aku tonjoi guna siku."
Abang aku memang suka cakap besar, suka buat dia paling hero.
Masa tu nak masuk waktu Maghrib. Mak dengan abah puasa sunat Isnin. So tengah bersiaplah hangatkan balik gulai yang dibeli masa dalam perjalanan pergi ke rumah sewa ini untuk berbuka. Dapur masak tu, berdepan dengan tingkap dan sebelah tu pintu belakang. Pintu itu macam pintu besi.
Masa mak tengah hangatkan gulai, ada 'benda' main cakar-cakar di pintu besi tu. Mak buat tak tahu lagi masa tu. Pastu mak nak masak air, tiba-tiba terdengar orang ketuk tingkat. Mak masih buat tak tahu juga.
Then masa mak tengah buat air, mak nampak ada sesuatu sedang mengintai dari tingkap tu. Yela, tingkap tu tingkat kaca yang sliding tu. So kita boleh nampak benda kat luar macam tu. Lepas mak rasa tak sedap hati, mak baca ayat kursi dengan 3 qul.
Mak panggil abang. "Ahmad, tengok kejap belakang ni ada apa-apa tak? Risau ada binatang apa-apa ka, bahaya kalau masuk nanti."
Abang dengan muka cuak dia jawab, "Eh alaa, suruh abahlah mak. Abang nak buat kerja jap.". Dan-dan ada je sebab dia. Tadi bukan main cakap besar.
Pastu, yang pergi buka pintu tu abah lah. Abah tengok tak ada apa pun. Pastu abah tutup pintu balik. Then mak macam tak sedap hati. Aku dengar mak ada minta izin macam ni,
"Assalamualaikum, kami nak tumpang tidur di sini sekejap. Kalau betul kau wujud dalam rumah ini, kau bagi je tanda-tanda."
Tiba-tiba mak terdengar bunyi seperti bayi menangis dalam samar-samar. Mak buat tak endah lagi. Then satu masa tu, dah habis berbuka, mak nak masuk bilik nak solat maghrib.
Dalam rumah itu ada tiga bilik. Kesemua bilik itu kecil-kecil je. Bilik mak besarlah sikit dari kami. Dalam bilik tu just ada katil dan almari jenis kayu yang berat. Masa mak nak hampar sejadah, mula tu ada pasu hiasan yang ada bunga kecil terjatuh di atas sejadah itu. Mak angkat balik, ingat kipas tolak ke apa. Sebab bilik itu memang ada kipas stand yang kuat jugalah anginnya.
Masa mak tengah solat, duduk antara dua sujud, tiba-tiba almari kayu yang berat gila itu, pintunya terbuka, tertutup, terbuka, tertutup. Pastu mak nak sujud, kau bayangkan almari kayu yang berat itu boleh jatuh ke depan seakan ada orang tolak. Nasib baik masa tu mak aku solat jauh sikit dari almari. Lillahi, benda ini betul-betul berlaku. Almari yang berat itu boleh jatuh. 'Dia' betul-betul bagi tanda.
Habis mak solat, mak panggil abang dengan abah tolong angkat almari itu.
"Mak, jom cari rumah lain," kata abang.
"Eh, ni baru sikit. Abang bukan berani ke?" kata mak.
Pastu abang cepat-cepat angkat almari itu dengan abah. Pastu terus dia masuk e bilik, kemas barang duduk depan. Mak pun beritahu suruh kemas-kemas cari rumah lain. Aku pun pergilah kemas barang di bilik. Lipat baju dan masukkan ke dalam beg.
Then kakak ketuk pintu, "Nak keluar ka?". Aku pun jawab, "Ha'ah kak, mak suruh kemas nak cari rumah lain.". Pastu kakak keluar balik.
Habis aku kemas, nak keluar pergi duduk depan, kakak datang lagi.
"Weh adik, mak suruh kemas nak cari rumah baru," katanya.
"Yelah, tadi kan kak masuk pastu adik beritahu juga kan?" aku jawab.
"Masa bila aku tanya kau? Aku baru je nak masuk kemas bilik ni ha," katanya.
"Eh? Tadi kau kan yang tanya nak keluar dah ke?" pastu aku tercengang seketika, aku fikir balik dan kemudian menggigil. Aku siap-siap, kakak pun cepat-cepat, kami semua tunggu di ruang tamu.
Pastu kami semua dah siap, kami masuk dalam kereta tu. Abah call owner, kata ada kecemasan dan perlu balik. Duit tu halal la kat dia. Masa nak gerak tu, aku tengok lampu di bilik aku. Tadi kami lari kan tak tutup lampu kan, tapi bila kereta dah gerak, lampu bilik terus tutup.
Tak tahu siapa yang tutup lampu bilik. Sampai sekarang terngiang-ngiang soalan tu weh, "Dah nak keluar ke?". Ya Allah, aku boleh jadi gila weh!
So yah, selepas itu kami dapat rumah sewa baru. Rumah yang kami bermalam, yang baru ini okey je. Selamat dari segala benda (gangguan). Tamat. Thanks sebab sudi baca guys.
Sumber: Miemie
from The Reporter https://ift.tt/35d7iGi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment