Tindakan Penguat Kuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura itu dirakam dashcam sebuah kereta berhampiran dan klip video itu kini viral di media sosial.
Menurut laman Facebook Singapore Road Vigilante, kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyrat di Jalan Bedok Reservoir pada 10 Disember kira-kira jam 7 petang.
Meskipun e-scooter itu memecut laju, tetapi mangsa tidak dapat mengelak dari ditendang anggota terbabit sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh ke lorong pejalan kaki.
Mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Umum Changi.
Di media sosial, ada netizen yang menyalahkan mangsa kerana melanggar peraturan jalan raya dan menyokong tindakan anggota terbabit. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan tindakan anggota itu yang melampau ketika cuba menjalankan tugas.
Dalam kenyataan terbaru LTA, mangsa cuba mengelak dari ditahan anggotanya yang sebelum itu telah memberi arahan untuk berhenti tetapi tidak diendahkan oleh mangsa yang terus cuba memecut.
Siasatan juga mendapati, mangsa juga tidak mendaftarkan e-scooternya dan kenderaan kecil itu tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan telah disita untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, pihak berkenaan juga tidak bersetuju dengan tindakan anggota terbabit yang bertindak tidak mengikut protokol. Akibatnya, anggota terbabit digantung dan bakal berdepan dengan tindakan tatatertib.
Sumber: Asia One
from The Reporter https://ift.tt/38vkVU9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment