Tindakan beberapa pekerja kontraktor penangkapan haiwan liar yang menyepak seekor anjing dengan kuat ketika cuba menangkapnya mengundang kemarahan netizen.
Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (MAA), kejadian itu berlaku di UiTM Pasir Gudang, Johor dan pihak terbabit menggunakan kekerasan untuk menangkap anjing itu jelas sekali tidak mengikut kaedah yang betul.
"Garis panduan telah wujud sekian lama. Tetapi masih ada vendorm kontraktor penangkap haiwan dan pihak yang makan upah tangkap anjing tidak menjalani kursus pengurusan dan tangkapan haiwan jalanan supaya kaedah tangkapan difahami dan dipertingkat.
"Tidak pasti sama ada penangkapan anjing itu dilakukan oleh pihak yang berdaftar atau haram. Tetapi individu yang terlibat harus diheret ke mahkamah untuk tindakan lanjut," kata kenyataan persatuan itu.
Berdasarkan video, terdapat dua lelaki yang cuba memasukkan anjing itu ke dalam karung guni. Tetapi haiwan itu meronta-rontamenyebabkan lelaki berbaju biru itu bengang lalu menyepak bahagian perut anjing itu.
Di media sosial, netizen menyelar perbuatan individu terbabit.
Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia
from The Reporter https://ift.tt/36eH6fJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment