MADHYA PRADESH, INDIA - Gara-gara darjatnya dianggap lebih rendah oleh keluarga teman lelakinya, gadis ini nekad mencederakan lelaki itu yang masih mencintai dia.
Rasa sakit hati semakin menjadi-jadi apabila keluarga itu menyuruh dia meninggalkan anak mereka kerana lelaki itu bakal dijodohkan dengan perempuan lain.
Tidak sanggup melihat teman lelakinya yang dikasihi bertahun-tahun itu bahagia dengan gadis pilihan keluarga, dia mengambil keputusan untuk memberi kejutan yang luar biasa.
Suspek berusia 21 tahun itu mengajak mangsa, 23, bermain satu permainan dan matanya ditutup. Di kesempatan itu, suspek memotong alat sulit mangsa dengan menggunakan sabit bagi memastikan mangsa tidak 'tidur' dengan wanita lain.
Pada awalnya, mangsa cuba menyembunyikan kejadian itu dari keluarganya. Tetapi dek kesakitan yang tidak terkata dan bilik tidurnya juga mempunyai kesan darah, membawa kepada pembongkaran perbuatan suspek itu.
Mangsa dibawa ke hospital dan masih berusaha menyembunyikan kejadian sebenar di mana dia memaklumkan kepada doktor bahawa dia yang memotong alat sulitnya sendiri.
Ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan mangsa akhirnya mengakui bahawa alat sulitnya dipotong oleh teman wanitanya.
Suspek ditahan polis dan berdepan dengan tindakan undang-undang.
Sumber: Deccan Chronicle
from The Reporter https://ift.tt/35d1T1K
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment