Home » , » Lelaki didenda RM12,158 kerana tampar 2 remaja yang bercakap buruk mengenai anaknya

Lelaki didenda RM12,158 kerana tampar 2 remaja yang bercakap buruk mengenai anaknya

shamsulazlan | 00:07 | 0 comments

Seorang lelaki berusia 48 tahun dikenakan denda S$4,000 (RM12,158) oleh mahkamah kerana menampar dua remaja lelaki yang bercakap buruk mengenai anak lelakinya.

Lelaki terbabit yang tidak dapat didedahkan namanya bagi menjaga identiti anaknya, mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. 

Mahkamah dimaklumkan, dua remaja lelaki itu yang berusia 14 dan 15 tahun berkawan dengan anak tertuduh. 

Hujung tahun lalu, tertuduh mendapati anak lelakinya telah dibuli di sekolah. 

13 Mei 2019, tertuduh menerima panggilan telefon dari isterinya yang memaklumkan ada sekumpulan remaja mencari anak mereka. Tertuduh kemudian pergi berjumpa dengan kumpulan itu dan mendapati dua remaja terbabit adalah rakan sekolah anaknya yang bercakap buruk mengenai anak tertuduh. 

Keesokan harinya pada jam 1 tengah hari, tertuduh menggunakan telefon anaknya untuk menghubungi salah seorang remaja terbabit untuk bertemu di sebuah kedai kopi di Blok 526 Jurong west Street 52 pada jam 3.30 petang. 

Remaja itu datang bersama dengan rakannya itu untuk berjumpa dengan tertuduh. Tetapi mereka menafikan dakwaan bercakap buruk mengenai anak tertuduh ketika disoal. 

Dua remaja itu kemudian pergi ke taman permainan di blok yang sama di mana tertuduh sekali lagi berdepan dengan mereka pada jam 5 petang. 

Namun kali ini, oleh kerana bimbang dengan keselamatan diri, remaja pertama mengaku berbuat demikian menyebabkan dia dan rakannya ditampar dan diberi amaran oleh tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya itu lagi sebelum beredar dari tempat kejadian. 

Sehari selepas kejadian, mangsa pertama membuat laporan polis. 

Sumber: Asia One


from The Reporter https://ift.tt/2F8ymvH
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger