Home » , » Ibu dikejarkan ke hospital selepas telan 7 pil tidur kerana bengang anaknya tak reti jawab soalan matematik

Ibu dikejarkan ke hospital selepas telan 7 pil tidur kerana bengang anaknya tak reti jawab soalan matematik

shamsulazlan | 03:50 | 0 comments

Seorang ibu di Wuhan, China dimasukkan ke hospital kerana menelan 7 biji pil tidur sekali gus untuk menenangkan dirinya selepas gagal mengajar anaknya untuk membuat latihan matematik. 

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Xu, menghantar anak lelakinya berusia 7 tahun ke kelas tuisyen dan dalam masa yang sama dia bergilir dengan suami memantau anak mereka membuat kerja rumah setiap malam. 

Memandangkan tarikh peperiksaan anaknya semakin dekat, Xu menjadi bimbang jika anaknya tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. 

Pada satu malam, dia cuba mengajar anaknya latihan matematik. Tetapi berasa letih selepas menjelaskan perkara yang sama kepada anaknya selepas lebih setengah jam dan anaknya masih tidak tahu bagaimana menjawab soalan latihan. 

Xu hilang pertimbangan dan mula meninggikan suara terhadap anaknya. Xu begitu marah sehingga dia mengalami kesesakan nafas. Bagi menenangkan diri, Xu pergi ke biliknya dan menelan 7 biji pil tidur sekali gus. 

Tidak lama selepas itu, keadaan Xu bertambah teruk dan sukar bernafas lalu meminta bantuan suaminya sebelum dikejarkan ke hospital. 

Mujur pihak hospital bertindak pantas dan dapat menyelamatkan Xu. Malah, doktor ketawa selepas mengetahui Xu menelan pil tidur kerana terlalu marah terhadap anaknya yang menyebabkan dia tidak dapat bernafas dengan baik. 



from The Reporter https://ift.tt/36QXmn9
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger