Home » , » Cerai isteri di luar mahkamah tanpa kebenaran, rakan baik bekas isteri Farhan buat aduan kepada JAIS

Cerai isteri di luar mahkamah tanpa kebenaran, rakan baik bekas isteri Farhan buat aduan kepada JAIS

shamsulazlan | 01:46 | 0 comments

Nafsarah Maliki, rakan baik kepada bekas isteri pertama Dai' Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris, hari ini membuat aduan kepada JAIS Shah Alam berhubung tindakan Farhan yang menceraikan isterinya dengan talak satu di luar mahkamah tanpa kebenaran. 

Selain itu, kenyataan Farhan di media sosial sebelum ini didakwa seperti mempersendakan kesucian Islam yang mengundang kepada agama Islam dipandang hina. 

"Kenyataan Nik Ahmad Farhan di media sosial sebelum ini seolah-olah mempersendakan kesucian Islam dan boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina. Ini termasuk tindakannya mengamalkan poligami dengan isteri kedua tanpa kebenaran mahkamah," katanya. 

Farhan didakwa melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan terjumlah kepada kesalahan jenayah di bawah Seksyen 124 di bawah enakmen sama yang memperuntukkan hukuman bagi Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah. 

Menurut Nafsarah yang diwakili peguamnya, Datuk Hazizah Kassim berkata, Farhan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Nafsarah berkata, dia masih belum menerima sebarang permohonan maaf secara terbuka dari juara program Dai' musim kedua itu walaupun sebelum ini dia sudah memberi tempoh 24 jam. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/38w88AQ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger