Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan maut selepas terjatuh dari katil dan terus termasuk ke dalam bakul sampah.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.15 petang kelmarin di rumah pengasuh di Taman Pasir Pinji, Ipoh, kejadian itu hanya disedari pengasuh berusia 24 tahun itu yang menemui mangsa dalam keadaan kepala berada di tong sampah yang diletakkan di tepi katil.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada sebuah hospital swasta pada jam 8 malam.
Siasatan awal mendapati, mangsa dihantar oleh bapanya ke rumah pengasuh itu sejak berusia 30 hari dan dijaga oleh dua beranak berusia 45 dan 24 tahun.
Pada hari kejadian, pengasuh berusia 45 tahun itu bekerja dan sepanjang tempoh itu mangsa dijaga oleh anak perempuannya berusia 24 tahun.
Difahamkan mangsa baru pandai merangkak dan pada hari kejadian, pengasuh terbabit menidurkannya di atas katil dalam bilik dengan meletakkan bantal tinggi di sekeliling sebagai benteng.
30 minit kemudian, pengasuh datang menjenguk mangsa di bilik dan mendapati mangsa masih tidur. Sehinggalah kali kedua dia datang dan mendapati kepala mangsa berada di dalam tong sampah.
Menurut pengasuh terbabit, tiada bunyi tangisan dari mangsa semasa kejadian itu berlaku.
Laporan bedah siasat mendedahkan, mangsa meninggal dunia akibat kelemasan di mana mangsa tertonggeng masuk ke dalam tong sampah dan darah terkumpul di paru-paru menyebabkan jantungnya tidak dapat berfungsi.
Tiada sebarang kesan penderaan atau kesan lain ditemui pada badan mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pengasuh itu ditahan untuk membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2PmroJr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment