Apabila anda menerima bungkusan daripada penghantar barang yang mendakwa dihantar oleh seseorang yang tidak diketahui, usahlah terlalu teruja menyangka ianya 'hadiah' dari peminat atau yang sewaktu dengannya. Ini kerana keterujaan itu mungkin boleh membinasakan masa depan anda.
Bukan sahaja jangan terima, malah jangan disentuh dan sebaiknya elakkan dari menerimanya. Di masa ini, ada pelbagai taktik kotor yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menganiaya anda.
Baru-baru ini, pengguna Twitter berkongsi mengenai insiden yang menimpa rakannya dan mangsa yang tidak tahu apa-apa kini terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak pernah dijangka.
A friend of mine, received parcel on his name. Ambil pastu letak di meja dan pergi mandi. Suddenly police rush and now dia dekat penjara. Yes, parcel itu dadah dan dia tak tahu apa-apa. Even the urine test was negative.
Nampak tak logik kan? But ini realiti. Benda ini betul-betul berlaku. You don't know how struggle his parent cari solutions even guna cara tradisional (jumpa ustaz etc) dan berapa banyak duit dah habis untuk hire lawyer tetapi masih tak ada berita gembira.
Actually ada orang hantar depan muka dia. Sebut nama dan terus bagi bungkusan itu dan blah. Benda ini berlaku dengan begitu cepat. Even he already said dia tak ada order barang. Memang ada syak orang terdekat nak perangkap dia (hal berkaitan perniagaan mungkin).
Dia camni tau sebenarnya. Receive call kata ada parcel from overseas, kena ambil di KLIA. Member tak pergi ambil sebab tak ada order apa-apa. Pastu barang itu dihantar ke office. BArang dari German (he has a small business dan ada office sendiri). Masa barang itu sampai, dia seorang saja di office.
Dia ambil barang itu then letak atas meja, terus pergi mandi. And suddenly kena rush. ****** sendiri tau buka pintu office dia. Dah try trace nama dan alamat di parcel itu tetapi maklumat itu semua tipu. So, sabit dekat penerima (info from her sister).
Sekarang dah naka masuk tiga bulan dia kena reman. Tapi so far memang syak ini kes perangkap. Ikut logik, kalau tahu kau receive barang terlarang, mestilah sorok dulu benda tu tak nak orang tahu. Ini dia letak je atas meja, tempat senang nampak.
Last, benda pun dah nak jadi. So after this bewarelah nak receive apa-apa pun. Kalau tak ada beli apa-apa then better jangan pakai ambil je barang orang hantar. Kang kena diri sendiri. Ok, sekian.
Sumber: Twitter
from The Reporter https://ift.tt/2Y5mFyJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment