Home » , » 'Yelah, dah orang tua mana lagi?' - Anak terkilan ibunya dilayan dengan biadab oleh doktor

'Yelah, dah orang tua mana lagi?' - Anak terkilan ibunya dilayan dengan biadab oleh doktor

shamsulazlan | 06:49 | 0 comments

Anak mana yang tidak terkilan apabila ibunya diberi layanan kurang baik oleh pihak lain. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap kurang mesra seorang pengamal perubatan di sebuah klinik kesihatan. 

Menurut Jannah Sofea, apa yang dilakukan oleh pegawai perubatan itu sangat tidak boleh diterima lebih-lebih lagi cara layanannya terhadap orang tua. 

"Apa perasaan korang bila mak korang yang tak tahu membaca, mengeja dan memang kena ada orang control, kena kurang ajar dengan doktor? 

"Tengoklah muka mak aku. Korang boleh imagine tak bila mak aku kena sound macam tu, muka dia macam mana? Sudahlah mak aku jenis tak melawan. Biar je orang buat macam tu," tulisnya. 


Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah klinik kesihatan di Seksyen 7. Ketika menunggu, si ibu tidak mendengar namanya dipanggil oleh doktor terbabit. 

"Bila mak tunjuk diri mak dan cakap, 'Saya ke?'. Doktor tu cakap 'Yelah, dah orang tua mana lagi? Makcik seorang je la kat sini'. 

"Selepas itu, doktor tanya Ika mana? Mak jawablah "Mak dia tak boleh, sakit tempat jahit.". Bila mak nak panggil abang, dia cakap dengan mak 'Tak boleh, tak boleh, lelaki tak boleh masuk'. 

"Mak ni nak panggil abang sebab mak tak pandai explain kat dia apa yang dia tanya," kata si ibu dalam mesej yang disertakan. 


Pendedahan itu viral di media sosial dan ramai yang bersimpati dengan apa yang dilalui oleh ibu Sofea. 

Perkara itu turut mendapat perhatian dari Ketua Perubatan yang kemudian tampil memohon maaf kepada ibu pengadu. 

"Adik saya baru call tadi. Ketua Perubatan mohon maaf pada mak dan adik saya. Mereka tak tahu tentang kes ini. Mereka nak siasat doktor yang maki mak saya. Doakan pembelaan mak saya dan makcik pakcik yang lain," tulisnya. 

Netizen juga berkongsi review dari mereka yang pernah datang ke klinik tersebut. 


Sumber: Jannah Sofea


from The Reporter https://ift.tt/2o9WrNC
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger