Kisah yang sedang trending di Twitter mengenai pengalaman seorang founder perniagaan tudung online terlanjur dengan tunangnya. Segalanya bermula apabila si tunang secara 'sukarela' membantunya packing tudung di ruang tamu. Meskipun ada yang menganggap ianya cerita rekaan, namun ada pengajarannya di situ.
KISAH aku terlanjur dengan tunang sehingga aku mengandung anak luar nikah.
Nama aku Zulaikha. Aku seorang yang sentiasa dapat result flying colours sejak dari sekolah. UPSR, PMR, SPM straight A's. Martikulasi 4 flat. Degree tak pernah bawah 3.8. Aku ada business juga, jual tudung online. Jualan boleh mencecah RM10,000 - RM30,000 sebulan.
Aku tak ramai kawan sebab aku busy belajar dan uruskan business. Aku cukup berdikari hidup di universiti, tak perlukan lelaki. Bahkan aku benci lelaki sebab aku rasa lelaki ini makhluk pemalas.
Tahun ketiga di universiti, business aku semakin besar. Setiap sem masih dean list. Aku mula hantar kain ke tailor dan custom tudung sendiri. Masa tu tak ramai pesaing macam sekarang. Jadi, aku rasa sangat mudah nak naik.
Di kedai tailor penuh dengan pekerja Bangladesh. Tetapi di sebalik lambakan lelaki warga asing, terselit seorang lelaki Melayu badan sederhana, rambutnya ikal, berkumis dan sangat rajin. Kami mula bertegur.
Betul anggapan aku. Dia sangat rajin. Sinag dia lipat kain di kedai tailor, malam dia jual air tin di Dataran Merdeka. Sebelum subuh dia akan bangun, tolong makcik berniaga nasi lemak berdekatan dengan KL Sentral.
Aku tanya kenapa dia kerja kuat sangat? Apa yang dia kejar? Dia jawab, keluarga. Dia nak bantu keluarga dia. Dia juga teringin nak berniaga tetapi tak tahu bagaimana.
Aku suka orang begini. Rajin dan sentiasa fikirkan keluarga. Oh, btw, dia tak dapat habiskan SPM dan pelajaran dia pun sampai PMR sahaja. Mengeja pun tak berapa betul. English lagilah ke laut.
Sejak itu kami selalu berjumpa. Setiap malam aku akan temankan dia jual air tin di Dataran Merdeka. Bangunan jam yang berdiri utuh di dataran itu bagaikan saksi cinta kami.
Lapan bulan berkawan, kami diikatkan dengan tali pertunangan. Aku masih di tahun ketiga pengajian. Ada mulut yang berkata-kata sebab kami bagaikan langit dan bumi. Namun kedua-dua orang tua merestui kami. Kami akan diijabkabul lagi lapan bulan.
Aku setuju antara dugaan orang bertunang ialah godaan syaitan. Entah kenapa selepas bertunang, dia berani nak menyentuh tangan aku. Aku rasa sangat tak selesa. Dia minta maaf dan berjanji tidak akan buat lagi.
SEBULAN BERTUNANG
Aku cuti semester. Semua housemate dah balik. Housemate bagaikan staff part time aku. Diorang yang banyak tolong aku packing tudung untuk pos. Bila diorang balik cuti sem, akulah kena buat sendiri. Tunang aku sukarela nak tolong aku pakcing tudung pada hari itu.
Pintu rumah aku terbuka luas. Sementara kami berdua packing tudung di ruang tamu. Di sinilah silap aku. Sedar tak sedar, kami dah terlanjur buat pertama kali. Aku takut, keliru tetapi dia peluk dan cuba menenangkan aku. Dia suruh aku mandi sambil dia menunggu aku di ruang tamu.
Sejak itu berzina semakin lazim dengan kami. Seminggu sekali mesti on. Aku rasa sangat berdosa. Aku solat lima waktu, kadang dhuha dan tahajud juga tetapi kami berzina. AKu tak tahu macam mana nak berhenti.
LIMA BULAN BERTUNANG
Majlis lagi tiga bulan. Persiapan dah 60-70 peratus siap. Kami masih dengan perbuatan terkutuk kami. Sampailah satu hari, period aku lewat. Aku fikir mungkin sebab aku stress belajar, business, kumpul duit nak kahwin.
Tunang cadangkan aku buat pregnancy test. Period lewat sampai dua minggu. Akhirnya aku akur, senyap-senyap pergi ke farmasi di Ampang Park dan buat ujian air kencing.
Ternyata terpapar dua jalur yang sangat terang.
"PREGNANT"
Aku terkedu, tak tahu apa yang aku rasa. Cuma fikir macam mana nak gugurkan. Malam itu kami bertemu di Dataran Merdeka seperti biasa dan aku ceritakan hasil ujian air kencing itu. Aku tahu dia keliru, tapi aku nampak dia cuba untuk bertenang.
"Alhamdulillah itu rezeki kita," itu kata-kata yang keluar dari mulut dia.
Aku tak boleh brain bila dia cakap itu rezeki. Ketika itu kandungan aku berusia tujuh minggu. Aku suarakan hasrat untuk gugurkan kandungan tetapi dia melarang.
Katanya ramai suami isteri lain berusaha untuk mendapatkan zuriat tetapi Allah belum izinkan. Tambahnya, kalau wanita sengaja gugurkan kandungan, rahim akan rosak dan kemungkinan tidak akan mengandung lagi.
Entahlah, aku pun tak tahu. Majlis nikah lagi tiga bulan, takkan aku nak naik pelamin dengan kandungan 20 minggu? Dan majlis bertandang waktu kandungan 24 minggu? Aku kusut.
Aku mula tak datang kuliah sebab morning sickness yang teruk. Itu tahun keempat pengajian. Aku tangguh semester. Pindah keluar dari rumah sewa dan bagi alasan aku ada urusan di kampung. Business tudung mula kucar kacir.
Tunang cadang untuk menikahi aku di Thailand. Untuk berbin/binti seorang anak dengan nama, bayi haruslah lahir sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh nikah. Jadi kamu harus menikah secepat mungkin. Status anak tetap anak luar nikah. Cumanya boleh berbin/binti dengan nama, bukan bin Abdullah. Cukup sekadar untuk menutup aib sahaja.
KANDUNGAN 10 MINGGU
Jam menunjukkan 2 pagi, handphone Sony aku berbunyi.
"Sayang, siap sekarang. Bawa semua dokumen penting. Lagi 30 minit saya sampai. Kita ke Thailand."
Wang simpanan aku banyak dibelanjakan untuk majlis nanti. Yang ada dalam akaun tinggal RM400. Tunang ada RM500. Dengan duit yang serba tak cukup, malam itu kami pergi ke Thailand. Dengan pakaian serba hitam polos. Kedua-duanya berwajah sugul.
Lima jam perjalanan kami cuma berdiam. Entah apa yang aku fikirkan. Aku tenung wajah tunang di sebelah. Lepas segala dosa yang kami lakukan. Aku cuma berdoa, "Kalau ini jalan yang terbaik, kau mudahkanlah urusanku."
Sungguh tak tahu malu. Sudah pendosa, lagi mahu berdoa.
Jam 8 pagi kami sampai di pintu masuk sempadan Thailand, Bukit Kayu Hitam. Wang RM ditukar Baht. Permit kereta telah diluluskan. Kami bersarapan dan teruskan perjalanan ke Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.
Di sana ramai pasangan menunggu giliran untuk dinikahkan. Ada seorang pakcik tua bersama wanita muda, ada seorang wanita cantik bersama lelaki Afrika, ada seornag pemuda bersama janda anak satu. Aku kira mereka di situ kerana tiada restu keluarga. Kahwin lari.
Satu persatu nama dipanggil, sampailah giliran nama kami.
"Amirul dan Zulaikha"
Kami bangun dan masuk ke satu bilik kecil. Di dalamnya ada satu meja segi empat tepat. Ada seorang wali, dua saksi, seorang jurugambar dan seorang lagi yang menguruskan dokumen.
Berbekalkan mas kahwin RM50, sekali lafaz kami sah menjadi suami isteri.
Aku bersyukur sebab dia nak bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku walaupun aku masih tidak pasti sama ada dia suami terbaik untuk aku. Entahlah.
Kami terus pergi ke konsulat untuk pengesahan dokumen. Surat pengesahan itu yang perlu di bawa ke mahkamah syariah Malaysia nanti untuk daftar nikah.
Hari sudah senja, akhirnya semuanya telah selesai. Hembusan lega kedengaran. Kami berdua belum tidur dari malam semalam. Kami check in hotel dan tidur.
Jam 3 pagi, suami kejutkan aku untuk solat isyak. Dia imamkan aku buat kali pertama. Air mata mengalir deras tanda kesal tetapi nasi sudah menjadi bubur.
Malam itu diteruskan lagi dengan solat sunat taubat, hajat, tahajud dan witir. Diiringi dengan air mata tanpa henti. Akan aku ingati saat itu sampai mati.
DUA BULAN KEMUDIAN
KANDUNGAN 20 MINGGU
Baju nikah terpaksa beli baru untuk tutup perut. Kami menjalankan majlis akad nikah dan walimatulurus di Malaysia seperti biasa. Kedua-dua keluarga masih belum tahu. Aku rasakan ada mata yang memerhati tetapi aku endahkan saja, mungkin cuma perasaanku.
Selepas majlis, aku dan suami berpindah ke Shah Alam, jauh dari kedua-dua belah keluarga.
Satu hari aku dapat tahu rupanya semasa kami bertolak ke Thailand, seluruh keluarga mertua dah tahu aku mengandung anak luar nikah. Aku marah! Sampai ke tahap ini aku masih menjaga aib suami aku. Tiada seorang pun ahli keluarga aku tahu hal ini. Tetapi suami suka-suka buka aib aku.
Aku mengamuk bagaikan orang gila. Suami aku pengkhianat terbesar dalam hidup aku. Rasa macam nak bunuh diri.
Apa gunanya aku datang majlis bertandang sedangkan semua ahli keluarga suami tahu aku mengandung anak luar nikah. Aku jadi badut di majlis sendiri ke?
KANDUNGAN 5 BULAN
Sejak itu aku semakin tak betul, meraung tak tentu arah. Mula kelar tangan sendiri dan cuba membunuh diri.
Aku boleh labelkan suami aku seorang yang bertanggungjawab. Di Shah Alam, suami mulakan business tailor sendiri. Aku nampak business dia berkembang.
Persiapan baby dan barang pantang semua dia belikan. Apa yang aku idamkan, semua dia cuba dapatkan. Breakfast, lunch, dinner, semua disediakan. Tetapi dia seakan tidak sedar aku hadapi masalah mental kerana anak ini.
4 DISEMBER 3 PAGI
Sakit contraction semakin kuat. Aku ditolak laju ke labour room sambil nurse membelek-belek buku pink.
"Eh? Awak mengandung anak luar nikah ke ni?!"
Semua nurse pandang tepat ke arah aku. Aku diam.
"Awak mengandung luar nikah ke Puan Zulaikha??"
Suara nurse itu sekali lagi bergema di lorong yang panjang dalam perjalanan ke labour room.
Aku terpaksa mengangguk perlahan sambil menahan sakit contraction. Air mata mula mengalir deras.
Tiba di labour room, aku dilayan teruk sekali. Aku dipukul, ditengking. Muka bagai diludah-ludah dengan kata hinaan. Aku tahu aku hina di bumi ini. Semua aku ingat dengan jelas sekali.
Bukaan 10 cm. Aku diarahkan untuk teran.
"Boleh panggil suami saya?" pintaku perlahan.
"Tak boleh! Kau mengandung anak haram."
Hatiku bagai dirobek-robek.
"Tolonglah, saya pun perlukan sokongan suami saya seperti orang lain" air mataku deras.
"Aku cakap tak boleh!" sambil kaki dipukul lagi.
Aku menangis sepuas-puasnya. Aku faham jika polisi hospital tidak membenarkan pasangan ibu bapa luar nikah berada dalam bilik bersalin tetapi tidak perlulah menghina aku sebegitu.
Setiap bait-bait kata nurse itu aku ingat jelas. Beberapa kali aku meroyan dalam tempoh berpantang semuanya terngiang-ngiang.
Sedar tak sedar sudah lebih 10 tahun berlalu. Tahun 2009/10. Jujur aku cakap, benda tak mudah. Banyak benda kami kena hadap. Tapi aku percaya ini jalan terbaik.
Alhamdulillah kami hidup bahagia sekarang. Bisnes suami dah ada tiga cawangan. Aku ada kerja bagus. Anak pun dah tiga orang.
Family aku masih tak tahu status anak luar nikah itu sebab aib suami itu amanah untuk aku jaga. Aku bukan nak buat aib sendiri tetapi tolonglah:
- Jauhi zina. Sekali kau terjebak, bukan senang nak patah balik. Syaitan bersorak-sorak.
- Kalau dah terjebak, doalah banyak-banyak supaya Allah tarik keseronokkan itu.
- Kalau dah mengandung, tolong jangan gugurkan, jangan tambah dosa. Semua yang jadi mesti ada hikmah. Balik pada Allah dan minta tolong Allah.
- Perlu ke kahwin dengan si pelaku. Bagi aku soalan ini bergantung. Takut-takut kalau berkahwin dengan 'p**sy hunter'. Merana seluruh hidup. Kalau lelaki itu nak bertanggungjawab, bolehlah consider. Kalau sebaliknya, tak perlulah paksa.
Perempuan ini dicipta kuat yang luar biasa. Carilah tempat yang sesuai. Baliklah pada keluarga, doalah pada Allah. Jangan sesekali gugurkan. Please.
Sumber: Zulaikha
from The Reporter https://ift.tt/31TySGJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment