Home » , » 'Lebih baik mak mati je daripada menyusahkan anak!' - Anak jual ibu RM3 di Facebook kerana berpenyakit & bebankan dia

'Lebih baik mak mati je daripada menyusahkan anak!' - Anak jual ibu RM3 di Facebook kerana berpenyakit & bebankan dia

shamsulazlan | 01:40 | 0 comments

Viral posting Facebook seorang wanita yang mahu menjual ibunya dengan harga RM2.97 kerana berpenyakit selain membenci dan merasakan warga emas itu hanya membebankannya. 

Posting biadab Friska Meila Anasyasya itu pantas viral di media sosial menyebabkan ramai netizen yang mengecamnya sebagai anak derhaka yang tidak mengenang pengorbanan si ibu melahirkannya ke dunia ini. 

"Dijual ibu berpenyakit. Hargai 10,000 rupiah (RM2.97) saja. 

"Yang berminat, silakan datang ke Blitar, uruskan orang tua yang tidak berguna ini. Dijual kerana menyusahkan. Barang yang sudah dibeli, tidak boleh dikembalikan," tulisnya dalam posting tersebut. 


Bahkan, Friska tergamak menyamakan ibunya dengan haiwan. 

Friska mengakui ibunya tidak dapat membahagiakannya dan dia selalu berasa cemburu dengan kehidupan anak orang kaya di mana keinginan mereka selalu dituruti oleh ibu bapa. 


"Cemburu tengok mereka yang lahir dalam keluarga yang dimanjakan oleh orang tuanya yang kaya. Berbeza dengan orang tua aku, harus ditendang dulu baru nak tunaikan. 

"Selalu beri alasan sakit lah, peninglah.. Kalau dah memang ada penyakit, kenapa tak mati je bodoh, menyusahkan anak saja," tulisnya. 


Susulan viral itu, akaun Facebook Friska telah dinyahaktifkan. Oleh kerana tidak tahan dikecam netizen, Friska kembali mengaktifkan akaun Facebooknya dan menjelaskan ada sebab mengapa dia begitu benci dengan ibunya. 

"Klarifikasi mengenai post aku yang viral! Ada sebab kenapa aku benci orang tua aku. Kalau orang tua aku boleh buat aku bahagia dari dulu, pastinya aku tak akan melawan. 

"Dulu aku disuap dan apa-apa saja aku nak, diturutkan. Tetapi sekarang bila aku dah kerja, bukannya nak membantu mencari duit, malah buat dompet aku semakin nipis.

"Kalau disuruh pilih, aku pun tak nak dilahirkan dalam rahim busuk dia," katanya. 

"Dasar anak derhaka," itu reaksi netizen terhadap posting Friska. 

Susulan viral posting itu, tampil seorang wanita yang mendakwa gambarnya telah disalahgunakan untuk individu di sebalik akaun Facebook itu untuk tujuan yang tidak baik. 


Lapor Detik.com, pasukan Jenayah Siber, Polis Blitar juga mengesahkan akaun tersebut adalah akaun palsu. Walaupun begitu, pihak polis sedang giat berusaha mengesan identiti individu di sebalik akaun tersebut. 

Sumber: Tribun News


from The Reporter https://ift.tt/2W0R2Fo
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger