Seorang wanita dibakar suaminya hidup-hidup selepas pasangan itu bertengkar di sebuah rumah tumpangan di Surabaya, Indonesia, semalam.
Difahamkan, Putri, 25, dan suaminya, Purwanto, 45, menyewa salah sebuah bilik di rumah tumpangan itu dan mereka mengalami krisis rumah tangga dan mangsa tidak tinggal bersama suspek beberapa hari.
Namun, mangsa kembali semula ke rumah itu dari rumah keluarganya bersama dengan ibunya.
Pasangan itu sekali lagi bertengkar dan keadaan menjadi semakin teruk pada pagi semalam sehingga Purwanto tergamak membakar mangsa.
Penyelia rumah tumpangan itu, Heri Suhandoyo, 46, berkata, selepas lima minit mendengar mereka bertengkar, dia terdengar Putri menjerit kepanasan dan tubuhnya terbakar.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah segera dikejarkan ke hospital berdekatan, sementara suspek pula melarikan diri dari tempat kejadian dengan menunggang sebuah motosikal.
Ketua Polis Surabaya, Widiyantoro berkata, pihaknya masih menyiasat motif suspek membakar isterinya dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Mangsa disahkan mengalami luka terbakar di lengan, kaki, muka dan keadaannya kini stabil.
Sumber: Agensi, Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/2piCxR9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment