Dalam masa yang sama, sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki dipercayai rakan kepada geng basikal lajak itu meminta kenderaan di belakang memberi ruang kepada rakan mereka untuk berlumba.
Tindakan sekumpulan budak itu menimbulkan kemarahan para pengguna jalan raya yang kemudian membunyikan hon tanpa henti agar mereka berhenti berbuat demikian.
Namun, kesemua mereka tidak mempedulikan 'teguran' itu sehinggalah dua daripada mereka terbabas ketika melalui selekoh, menyebabkan basikal salah seorang budak itu patah dua.
Pemandu kereta yang merakam kejadian itu kemudian keluar dan bertanya apakah perbuatan mereka itu diketahui oleh ibu bapa mereka. Dia juga sempat merakam di mana salah seorang budak itu mengalami kecederaan di bahagian atas paha dan lutut.
"You olang manyak susah la ha?!"
"Gila ka lu orang?! Mak bapak lu tak ada bela ka?!"
"Jangan pergi! Tunggu sini! Tunggu sini!"
Kemalangan yang melibatkan lapan remaja lelaki dilanggar sehingga maut di Johor Bahru pada 28 Februari 2017, seperti tidak memberi pengajaran kepada penggemar basikal lajak.
Ibu bapa dinasihatkan untuk mengawasi anak masing-masing dari terlibat dengan sebarang aktiviti yang tidak berfaedah.
Seperti yang dikatakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung kejadian tragedi 8 remaja itu, "Biar kita tegur dan bising sekarang daripada menyesal di kemudian hari.
"Biar dia yang menangis, jangan kita menangis. Ini juga pengajaran kepada ibu bapa untuk tidak membenarkan anak mereka keluar pada waktu malam. Ingat pesanan saya," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/32SXP6P
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment