Walau berat dugaan dan cabaran yang ditempuh, hidup diteruskan demi membesarkan orang-orang yang disayangi. Bukan namanya wanita jika dia tidak menanggung segala kesedihan. Kadangkala kesedihan itu diselindungi demi orang lain.
Seorang doktor, tersentuh hati dengan kehadiran seorang pesakit ke kliniknya. Pesakitnya, seorang ibu mengandung baru sahaja kehilangan suaminya. Sebelum meninggal, arwah suaminya berhajat mengajaknya membuat pemeriksaan kandungan bayi. Arwah suaminya meninggalkannya dengan dua orang anak dan bayi dalam kandungan.
FEW days ago, I got a pregnant lady. Late booking and unsure of date. Pregnant anak ke 3.
"Kenapa awak buka buku pink lambat? Awak tak tahu ke awak pregnant?"
"Ye Doktor. Period saya tak menentu. Saya pun tak ada alahan loya muntah. Masa pregnant anak-anak sebelum ni, saya alahan teruk. Tapi pregnant yang kali ni, tak ada alahan langsung. Sebab tu saya tak rasa macam saya pregnant. Arwah suami yang syak saya pregnant. Dia kata nampak saya macam lain dari biasa
"Hah? Arwah?" My brain was thinking. How can she pregnant if she said arwah husband.
"Ye doktor. Arwah suami. Baru meninggal 13 hari lepas. Accident."
Aku terdiam.
"Arwah syak saya pregnant. Dia kata tunggu dapat duit gaji, pastu nak bawak saya scan kat klinik swasta"
"Oo, awak dah scan kat klinik swasta la ni?"
"Tak sempat nak scan pun Doctor. Masa hari kejadian tu, arwah dapat gaji pukul 3 petang. Arwah tak sabar balik dari kerja sebab dia plan nak bawak saya scan kat klinik swasta malam tu. On the way balik dari kerja, arwah acccident pukul 6 petang. Meninggal kat tempat kejadian. Jadi saya tak sempat nak gi scan pun lagi"
Aku terkedu. Patient bercerita tenang, tanpa setitik air mata pun gugur.
"Anak-anak macam mana? Faham ke ayah dah takde?"
"Yang sulung umur 4 tahun. Setiap hari pukul 5.30 petang, mesti dia akan tunggu kat pintu. Tunggu ayah dia balik kerja. Lama dia tunggu, tapi ayah tak balik-balik. Mula-mula saya kata ayah pergi kerja jauh. Tapi lepas seminggu, saya tak dapat nak tipu anak saya dah. Saya bagitahu ayah dah tak ada. Ayah pergi jauh tak balik dah. Menangis-nangis saya bagitau anak saya. Saya harap anak saya faham la."
Aku menangis dalam hati. Aku scan, nampak baby dah usia 20 weeks+. Dah aktif bergerak dalam rahim ibu. Mungkin baby cuba beritahu ibunya supaya jangan bersedih.
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan patient aku ni. Semoga dia dapat jadi supermom untuk jaga anak-anak dan kandungannya.
Sumber: Aliaa Amirah
from The Reporter https://ift.tt/35ZclM6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment