Home » , » 'Itu ex-wife & ibu kepada 2 anak saya, please stop fitnah' - Bekas suami Cleopatra

'Itu ex-wife & ibu kepada 2 anak saya, please stop fitnah' - Bekas suami Cleopatra

shamsulazlan | 23:50 | 0 comments

Beberapa hari lalu, timbul dakwaan yang mengatakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik seorang setiausaha daripada golongan transgender. Malah, beberapa gambar dan video pertemuan mereka di pejabat menteri itu juga tersebar. 

Namun, Syed Saddiq menafikan dakwaan itu semalam dan meminta orang ramai membuat semakan menerusi portal atau bertanya kepada pegawai tinggi di kementeriannya. 

Syed Saddiq turut menegaskan bahawa Cleopatra bukanlah transgender tetapi adalah wanita tulen, yang datang dalam satu kumpulan untuk berbincang mengenai e-Sports selama 30 minit dengannya. 

Meskipun penafian telah dibuat, namun netizen tidak berpuas hati dan masih mahu menegakkan bahawa Cleopatra adalah lelaki dan disebarkan pula gambar lesen memandu individu berkenaan. 

Kesal dengan dakwaan tidak berasas dan fitnah itu, bekas suami Cleopatra, Datuk Mohd Nasir Yaacob, 46, tampil memberi penjelasan sekali gus menutup mulut netizen. 

"Dia bekas isteri saya, ibu kepada dua anak kami dan memang wanita tulen. Bukan pondan seperti mana yang didakwa oleh segelintir warganet," kata usahawan itu. 



Menurut Mohd Nasir, dia terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai bekas isterinya itu, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 25, kerana tidak senang dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan netizen. 

Bagi beliau, walaupun mereka sudah tidak bersama adalah tanggungjawabnya untuk mempertahankan dan menjaga nama baik bekas isterinya. 

"Kami berpisah tahun ini dan membawa haluan sendiri. Kali terakhir saya berhubung dengannya adalah kira-kira sebulan lalu berbual mengenai anak. 

"Tiba-tiba tular mengenai kisah berkenaan dan mulanya saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini sehinggalah menerima banyak kiriman mesej di laman sosial daripada individu yang mahu mendapatkan kepastian. 

"Mulanya saya biarkan saja kerana tidak dapat menjawab satu persatu pertanyaan diajukan tetapi terpanggil untuk menjelaskan di laman Facebook selepas melihat tiada sesiapa yang mempertahankannya kerana walau apa pun terjadi antara kami, dia tetap ibu kepada dua anak saya. 

"Saya tidak pasti apa agenda individu berkenaan sedangkan bekas isteri saya seorang wanita yang baik dan tidak mengganggu sesiapa. Apa pun, gambar MyKad dan lesen memandu tersebar adalah palsu selain gambar perkahwinan kami ada di Instagram sebagai bukti. 


"Saya harap fitnah ini dihentikan kerana ia tidak memberi manfaat. Sebaliknya hanya mencemarkan nama baik bekas isteri, saya dan pihak lain yang turut dikaitkan dalam hal ini. 

"Sebaiknya jangan kongsi perkara tidak sahih dan saya minta mereka melemparkan fitnah memohon maaf kepada Nur Fathiah. 

"Fitnah ini bukan hanya memberi kesan kepada bekas isteri, saya dan anak kami yang masih kecil, tetapi keluarga kedua-dua belah pihak," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/360aYww
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger