Pemilik sebuah hotel di Makassar, Indonesia ditahan polis pada 26 Oktober 2019 kerana memukul isterinya.
Suspek yang hanya dikenali sebagai 'H' dipercayai memukul isterinya kerana kesal mangsa menjamu lima rakannya dengan nasi goreng percuma.
Dalam kejadian yang berlaku pada 23 Oktober 2019, mangsa didatangi lima rakannya di hotel tersebut di Jalan Lombok.
Mangsa kemudian menghidang nasi goreng kepada rakan-rakannya itu. Namun tindakannya itu membuatkan suspek kesal lalu memukul mangsa menggunakan penyangkut pakaian.
Kejadian itu menyebabkan mangsa luka di bahagian mata kanan akibat dipukul dengan penyangkut pakaian sehingga patah.
Mangsa dirawat di sebuah hospital berhampiran di Makassar.
Sumber: Detik News
from The Reporter https://ift.tt/2pjCB3h
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment