Seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki merogol tiga beradik berumur antara 7 dan 12 tahun pada Khamis lalu di Telupid, Sabah.
Ketua Polis Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, suspek melakukan jenayah itu sejak hujung tahun lalu dan terbongkar selepas salha seornag mangsa yang tidak tahan dengan gangguan itu mengadu kepada ibu saudaranya yang tinggal di sebelah rumah.
Ibu saudara mangsa membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek di Kawasan Ladang Kampung Berayung.
Siasatan awal mendapati, suspek bekerja sebagai pekerja kebun dengan keluarga mangsa semenjak setahun yang lalu dan diberikan tempat tinggal di rumah keluarga itu.
Suspek direman sehingga 17 Oktober dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2MhK9fI
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment