Berat mata memandang, berat lagi bebanan dan kesakitan yang dipikul kanak-kanak ini. Keletah kanak-kanak ini sangat riang dan petah berkata-kata pada awalnya, tetapi semenjak kejadian itu, kanak-kanak ini mula lesu.
Perkongsian dari ibunya sudah pasti meruntun hati sesiapa yang membacanya. Iman al khausar kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu akibat dari terkena hantukan di kerusi. Pada awalnya ibunya menyangkakan anaknya itu hanya mengalami kecederaan biasa, tetapi sangkaannya meleset sama sekali.
"MUHAMMAD Iman Al Khausar bin Ismail" seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis,mama dan papa reda akan ujian Allah ini. Kami terima ujian ini dan percaya ada hikmah disebalik dugaan yang diberi.
Pada mulanya iman hanya terhantuk biasa sahaja. Iman bukan jatuh di tempat yang tinggi atau terantuk yang menyebabkan dia cedera luka. Hanya terhantuk di kerusi dan benjol biasa sahaja.
Kami membawa iman ke hospital untuk periksa keadaan kepala iman. Selepas ujian x-ray dibuat, keputusan x-ray menunjukkan memang ada kesan benjol tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius. Kami pulang ke rumah dengan hati tenang. Selepas seminggu iman demam on off. Kami bawa iman ke klnik swasta biasa untuk ambil antibiotik.
Seminggu iman ambil antibiotik iman masih lagi demam on off. Jadi kami ambik keputusan untuk bawa iman ke hospital semula untuk follow up kes iman jatuh tu. Kepala iman pun naik benjol besar sikit dari mula-mula dia benjol.
Sampai di Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, iman terus dibawa ke bahagian kecemasan dan diletakkan di zon kuning. Selepas diperiksa darah hb iman rendah dan ct scan dibuat. Hantukan yang dialami iman terkena betul-betul di saraf darah di kepalanya.
Hasil ct scan iman menunjukkan memang ada pendarahan di dalam kepala iman. Luluh dan remuk hati mama mendengar apa yang pihak hospital katakan. Iman terus dimasukkan ke wad dan bantuan darah diberikan.
Semasa di wad doktor ada memanggil kami untuk memaklumkan hasil ct scan yang dibuat tu juga ada dijumpai ketumbuhan di kepala bahagian hadapan dan dibelakang bola mata iman. Ketumbuhan itu terjadi dari kelenjar yang aktif dan semakin teruk bila iman demam dan darah dijangkiti kuman.
Seminggu iman di wad diberi antibiotik untuk membunuh kuman yang ada. Tapi iman tetap demam. Jadi pada hari ini iman disarankan untuk ambik sum-sum tulang belakang. Tujuannya diambil untuk mengenalpasti jenis kuman dan penyakit yang dialami iman.
Kami akan menunggu keputusan dari pihak hospital atas ujian sum-sum tulang iman. Mama dan papa berharap agar keputusan yang diterima adalah keputusan yang menggembirakan dan iman akan dirawat dengan secepatnya. Mohon sahabat-sahabat doakan agar iman dapat sembuh sepenuhnya dan segala urusan untuk merawatnya dipermudahkan oleh NYA. Amin.
Sumber: Nursasabila Kamarulzaman
from The Reporter https://ift.tt/2Bhr72u
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment