Seorang lelaki Taiwan yang dikenali sebagai Jian berang kerana rakannya, Xiao, kerap mengusik dengan menyentuh alat sulitnya, lalu dipukul sampai mati.
Difahamkan, kedua-dua mereka merupakan kawan lama dan Xiao menyewa bilik di rumah yang didiami oleh Jian.
Dalam kejadian yang berlaku pada 22 Disember 2017, Jian menjemput Xiao datang ke rumahnya untuk minum sekitar jam 10 malam. Mereka membeli alkohol dan minum sehingga mabuk.
Namun dalam masa yang sama Xiao kerap menyentuh tangan Jian. Tidak cukup dengan itu, Xiao membuka zip seluar jean Jian dan menyentuh alat sulitnya.
Tidak selesa dengan insiden itu, Jian meminta Xiao berhenti dan menolak tangannya tetapi tidak diendahkan oleh Xiao. Jian kemudian memukul dada dan badan Xiao menggunakan tangan dan besi kaki meja.
Xiao cuba melarikan diri tetapi gagal lalu dipukul bertubi-tubi sehingga tidak sedarkan diri. Jian yang keletihan terus tidur.
Keesokan harinya apabila Jian bangun kira-kira jam 1 petang, dia terkejut melihat Xiao masih dalam posisi sama dan tidak bernyawa.
Jian segera meminta teman wanitanya menghubungi polis dan Xiao dikejarkan ke hospital sebelum disahkan telah meninggal dunia.
Bedah siasat mendapati banyak kesan kecederaan pada Xiao, antaranya pendarahan pada kulit kepala, kecederaan di bahagian dada dan anggota badan termasuk patah tulang rusuk.
Mahkamah kemudian mendapati Jian bersalah di atas tuduhan membunuh Xiao dan dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun ketika perbicaraan akhir, 23 Oktober 2019.
Sumber: Sina, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2Psa8TN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment