Seorang lelaki yang berusia 44 tahun ditahan oleh pihak polis selepas didapati mencabul cucu saudaranya sendiri.
Perbuatan suspek terbongkar selepas kanak-kanak perempuan yang berusia enam tahun itu menceritakan kepada ibunya. Suspek dikatakan melakukan perbuatan itu ketika dia datang menjemput mangsa di sebuah tadika di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos berkata, dalam kejadian terbaru, ibu mangsa berusia 29 tahun yang berniaga sendiri meminta bantuan suspek berusia 44 tahun menjemput anaknya itu di tabika, 12 tengah hari kelmarin.
“Bagaimanapun, kira-kira 8 malam ketika berada di rumah mereka di Kuala Ibai, mangsa tiba-tiba bertanya kepada ibunya mengenai perbuatan suspek setiap kali datuk saudaranya itu mengambilnya di tabika.
“Wanita itu yang terkejut dengan pertanyaan anaknya itu bertanyakan perkara itu berkali-kali kepada mangsa sebelum dia mengakui suspek sudah beberapa kali melakukan perbuatan keji itu terhadapnya,” katanya.
Beliau berkata, berikutan kejadian, wanita itu membawa anak perempuannya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira 11 pagi semalam untuk membuat pemeriksaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
“Susulan laporan itu, suspek yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Kuala Ibai, ditahan selepas dipanggil ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, 11.15 malam tadi,” katanya.
Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2MJKoz4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment