Home » , » 'Aku tak nak balik!' - Remaja disorok bunian selepas bermain di kebun getah

'Aku tak nak balik!' - Remaja disorok bunian selepas bermain di kebun getah

shamsulazlan | 07:35 | 0 comments

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

MY sister pernah kena sorok bunian dua hari ketika dia berumur 15 tahun sampai kena berhenti sekolah. Cari punya cari, jumpa di celah batu dalam kebun getah belakang rumah. Pakai baju kurung serba kuning. Walhal pada malam itu dia tidur dengan t-shirt hitam dan seluar merah. 

Ceritanya, petang sebelum kejadian, kami main sorok-sorok dalam kebun getah itu. Bila waktu maghrib, my sis dah nampak lain sikit. Tak nak pergi mengaji malam tu. Dulu toilet kat luar rumah, so dalam jam 4 pagi macam tu, dia minta lampu picit, nak pergi toilet katanya. 

Selepas itu dah lama, orang lain semua dah bangun nak pergi sekolah, dia masih tak naik-naik lagi. Ingatkan dia sakit perut ke apa, so biar je. Tak cari pun kat dalam toilet. 

Sampai jam 7 pagi tak naik-naik. Mak pun pergi tengok dia dalam toilet, tak ada. Then panggil-panggil nama dia, cari-cari, tiada yang menyahut. 

Selepas itu tanya jiran-jiran, ada seorang jiran kata ada nampak orang bawa lampu suluh naik belakang rumah. Ada tiga ekor ayam ikut dari belakang. Tetapi dia ingat orang nak cari lembu. 

Bila dah dengar macam tu, pergi report dekat JKKK. Then buat laporan polis tetapi kena tunggu pula 24 jam. So orang-orang kampung berpakat mencari dia di kawasan sekitar itu. 

Bila masuk kebun tu, cari-cari di semua tempat tetapi tak jumpa. Sampai dah masuk waktu maghrib. So ikhtiar buat solat hajat malam tu ramai-ramai di dalam kebun tetapi masih tak jumpa. Selepas ubuh esoknya, sambung cari di tempat sama sebab mak mimpi dia ada dalam kebun tu je. 

Hari kedua mencari, imam kampung itu pergi azan empat penjuru kebun itu. Pak sedara tebas-tebas semak, tiba-tiba dia yang kena rasuk. Dia cakap jangan ganggu tempat dia. So imam itu azan lagi sekali, then nampaklah my sis duduk di celah batu, cakap seorang diri. Bila dipanggil, dia tak menoleh langsung. 

Bila ada seorang pakcik tarik dia, dia mengamuk cakap tak nak balik. Nak duduk dengan puteri. Lagi sekali pak sedara kena rasuk dan kata jangan ambil anak dia. 

ORang ramai-ramai yang cari tu pakat baca doa ayat quran semua tarik jangan balik even menggelupur nak lari. Dah sampai rumah pun masih nak lari. 

Dah balik tu memang kena mandi bunga. Hampir seminggu dia tak cakap dengan orang, termenung je. Fikir-fikir balik, macam tak logik dia boleh masuk celah batu tu sebab dia gemuk and dah tebas pokok-pokok kecil dekat kawasan batu tu. Logiknya memang dah kena dia tapi tak ada luka langsung. 

Dia berhenti sekolah sebab hari-hari kena nganjing jin anak hantu. Dah pintu sekolah tetapi di sekolah baru hari-hari dia kena histeria. So last-last tak pergi sekolah, tak sempat ambil PMR pun. 



from The Reporter https://ift.tt/2WgdIl2
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger