Home » , » 90% penduduk Kampung Baru serah borang setuju terima tawaran kerajaan untuk RM850/persegi

90% penduduk Kampung Baru serah borang setuju terima tawaran kerajaan untuk RM850/persegi

shamsulazlan | 18:24 | 0 comments

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kira-kira 700 hingga 800 borang daripada penduduk Kampung Baru berhubung pembangunan semula kawasan itu.

Beliau berkata daripada jumlah borang itu, kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan.

"Setakat ini, kita dimaklumkan telah ada 700 hingga 800 borang yang dikembalikan kepada pihak PKB dan daripada jumlah itu, lebih 90 peratus setuju dengan tawaran yang dikemukakan kerajaan," katanya dalam program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC), malam tadi.

Mengenai terdapat pihak yang meletakkan kadar sehingga RM2,000 bagi setiap satu kaki persegi di kawasan itu, Khalid menegaskan kadar yang telah ditawarkan kerajaan adalah berpandukan kepada penilaian yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

"Ia merupakan harga yang berdasarkan penilaian profesional.

"Kampung Baru terbuka kepada sesiapa, siapa sekalipun boleh buat tawaran bukan sekadar kementerian dan kerajaan, mana-mana pihak yang rasa harga tanah RM2,000 (bagi setiap satu kaki persegi) dan ada kemampuan dia boleh beli, tidak ada siapa yang halang," katanya.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2mNsFxR
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger