Home » , » 'Semoga Tuhan murahkan rezekinya' - Netizen tersentuh melihat kegigihan si penjual aiskrim ini

'Semoga Tuhan murahkan rezekinya' - Netizen tersentuh melihat kegigihan si penjual aiskrim ini

shamsulazlan | 07:24 | 0 comments

Kegigihan seorang penjual aiskrim yang menjual jualannya di tengah lautan di Lian, Filipina membuatkan ribuan netizen tersentuh dan kagum dengan kesungguhan mencari rezeki sehingga terpaksa melakukan suatu perkara yang luar biasa. 

Kisah dan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Abbey An Hernandez di Facebooknya, menceritakan betapa hatinya tersentuh melihat kegigihan lelaki berusia itu menjual aiskrimnya demi mencari sesuap nasi.

"Apabila saya mula melihat dia mula menjualnya, terus saya membeli aiskrimnya," katanya. 

Perkongsian Abbey itu disukai 36,000 pengguna Facebook dan telah dikongsi semula lebih dari 37,000 kali. 





"Lebih besar maruah diri daripada orang yang merompak. Duit mahu tetapi kerja tak mahu. Harap-harap para peragut, perompak, penyamun, penipu baca kisah lelaki ini." - Marwenddy Enddy

"Semoga Allah mempermudahkan usahanya. Biarpun andai dia bukan Islam, tetapi tetap hambaNya." - Cik Zah Azizah

Subhanallah, ada orang yang lebih susah dari kita. Semoga Allah murahkan rezeki hambaNya." - Jamlos Sanip

Hargai dan bersyukurlah dengan pekerjaan kita lakukan hari ini, yang masih diberi peluang untuk bekerja berbanding mereka yang sukar mencari pekerjaan. 


from The Reporter http://ift.tt/2AH6Plr
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger