Home » , » Gara-gara fitnah wanita ini, adik beradik dikecam teruk oleh netizen

Gara-gara fitnah wanita ini, adik beradik dikecam teruk oleh netizen

shamsulazlan | 20:42 | 0 comments

Tindakan seorang wanita bernama Sri Mulyani menyebarkan rakaman video dua lelaki yang didakwa pasangan sejenis, mengundang fitnah netizen sehingga dua lelaki terbabit kini berada dalam keadaan trauma dan ketakutan. 

Terdahulu, video yang dimuat naik oleh Sri Mulyani itu tersebar meluas di media sosial sehingga ramai yang mengecam dua lelaki terbabit. 

Berdasarkan video, seorang wanita merakam tindakan dua lelaki bermotosikal di hadapannya yang terlalu 'rapat' sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada dirinya sebelum bertindak menegur mereka. 

"Hei, tuan. Jangan lakukan itu. Tolong jangan lakukan itu," kata wanita berkenaan. 

Bagaimanapun, penunggang motosikal itu mengatakan lelaki itu adalah saudaranya (adik). 

"Saya tahu, tolong hormati orang-orang saya," tegas wanita itu sekali lagi. 

Menurut laporan BBC Indonesia, Sri Mulyani memuat naik video tersebut di media sosial dengan kapsyen berikut:

"Mahu saja aku tendang motosikal mereka tadi. Tetapi memandangkan kaki aku tak sampai, akhirnya aku hanya menegur mereka sahaja. Maaf jika tindakan aku salah. Kalau aku tak suka, aku akan tegur," tulisnya. 



Susulan viralnya video tersebut, ada beberapa portal berita tempatan menyiarkan laporan berita mengenai kejadian itu tanpa mengetahui bahawa kedua-dua lelaki berkenaan sebenarnya adalah adik beradik yang sudah empat tahun tidak bertemu. 

Dua beradik itu kini dilaporkan berada dalam keadaan trauma dan tidak berani keluar dari rumah, manakala ibu mereka jatuh sakit. 

Sementara itu di media sosial, tampil beberapa kenalan kepada si abang menyeru netizen melaporkan video itu di atas fitnah agar video itu dibuang terus dari media sosial dari terus tersebar. 

Salah seorang guru juga tampil mempertahankan anak muridnya (si abang) dan meminta netizen sama-sama membantu membersihkan nama baik bekas pelajarnya yang tidak bersalah itu. 

"Salah seorang bekas pelajar saya menjadi mangsa video viral dan saya perlukan bantuan anda semua untuk membuat aduan kepada Instagram dan YouTube agar video itu diturunkan. 

"Dia (bekas pelajar) sedang menunggang motosikal bersama adiknya yang masih belajar di sekolah menengah. Mereka baru saja berjumpa selepas empat tahun tidak bertemu. Namun kelakuan si adiknya itu tidak menyenangkan seorang wanita ini yang menyangka mereka adalah pasangan sejenis lalu merakam video mereka dan dimuat naik ke Facebook pada 21 Disember lalu. 

"Video itu kemudian viral dan dikutip pula oleh Detik News dan Tribunnews. Kami hanya mengetahui perkara ini pada 23 Disember dan ketika itu video tersebut telah dikongsi 40,000 kali.

"Ada beberapa rakan saya telah membuat aduan kepada Facebook dan video itu diturunkan pada pagi keesokan harinya. Tetapi pihak Indozone dan Tribunnews pula memuat naik video itu ke Instagram dan YouTube menyebabkan ramai yang mengecam adik beradik berkenaan. 

"Saya kenal bekas pelajar saya ini selama dua tahun. Ibunya yang merupakan ibu tunggal dah menangis selama dua hari dan kini jatuh sakit selepas video ini tersebar meluas di media sosial. Tiada seorang dari mereka yang berani keluar dari rumah. 

"Pengetua sekolahnya telah bertemu dengan wanita yang menyebarkan video itu agar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya. 



Sementara itu, dalam kenyataan awal Sri Mulyani sebelum dipadamkan, dia tidak menyangka video itu akan viral secara meluas di media sosial. Namun dia menafikan video itu dirakam olehnya, sebaliknya diperolehi dari rakan Facebooknya. 



Dalam kenyataan kedua, Sri Mulyani akhirnya memohon maaf di atas kesilapannya menviralkan video adik beradik berkenaan sehingga keselamatan mereka terancam. 


from The Reporter http://ift.tt/2DXn8Zp
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger