Adib Azizan Hussain yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan sukar mencari pekerjaan yang meraih pendapatan lumayan di negara sendiri menyebabkan dia terpaksa bekerja sebagai pemetik kobis di Korea Selatan.
Meskipun hanya sebagai pemetik kobis, Adib tidak malu dengan pekerjaannya itu kerana apa yang penting pendapatan yang diperolehinya itu adalah hasil dari titik peluhnya snediri.
Malangnya selepas video Adib viral meluas di media sosial, ada beberapa individu tampil mendakwa Adib seorang penipu, berlagak gengstger, kaki kencing dan sebagainya, selain pernah terpalit dengan isu kontroversi semasa bekerja di Australia.
Difahamkan, Adib sebelum ini pernah menjadi seorang backpacker yang merantau ke Australia dengan niat untuk bekerja. Dalam masa yang sama, Adib juga turut menjadi ejen peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yang mahu berhijrah ke negara berkenaan.
Namun, sumber berkenaan mendakwa Adib dan sekutunya menaburkan pelbagai janji manis seperti kemudahan tempat tinggal yang selesa, gaji lumayan sehingga RM10,000, tiada potongan gaji dan banyak lagi. Malangnya, janji hanya tinggal janji.
PETIK KOBIS BERGAJI RM11,000 SEBULAN, REALITI ATAU FANTASI?
(Tulisan viral di media sosial)
Topik hangat di media sosial sekarang pemetik kobis bergaji 11k sebulan?? Sembang? Realiti atau fantasi? Terlebih dahulu aku kenal kan korang siapa Adib Zizan.
Dia ni seorang backpacker yg merantau ke bumi kangaroo @ Australia dengan niat pada mulanya untuk bekerja. Bila dah bekerja di farm2 dalam keadaan yg tidak boleh bekerja, Adib ni banyak kali dibuang contractor farm kerana sikap dia yg acah2 gangster. Konon panas baran, so dalam masa sama dia ni juga ada niat konon nak jadi agent peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia yg menginginkan gaji lumayan seperti kami mangsa2 beliau, jadi ada beberapa contact contractor di setiap daerah OZ seperti Shepperton, Robbinvale, Mildura, Nyah dan banyak lagi.
Rangkaian penipuan Adib ni terdiri dari Adib, kakak dia (Nadia) serta beberapa lagi agent di bawah dia mengikut setiap negeri. Bagi mengaburi mata kami antara batch terawal yg dihantarkan ke OZ adalah seperti berikut kenyataan yang dijanjikan oleh adib dan sekutunya sebelum kami berangkat ke OZ:
• Kediaman yg selesa (rumah)
• Tiada caj pengangkutan kerja
• Tiada potongan gaji (bermaksud gaji direct)
• Tiket flight pergi dan balik
• Gaji yang lumayan 10k sebulan
• Bekerja direct di bawah syarikat farm tersebut
• Jika ada apa2 masalah akan diselesaikan dengan segera
• Bekerja secara berterusan mengikut musim
Setelah sampai, apa yang dijanjikan pada kami semuanya hanya menanam tebu di tepi bibir. Kami ditempatkan di kawasan pedalaman supaya sukar berkomunikasi dengan keluarga atau menghubungi beliau. Kami ditempatkan di rumah panjang dalam keadaan kotor dan sempit serta ketiadaan air dan kemudahan kenderaan untuk membeli keperluan makanan.
Gaji yang dijanjikan langsung jauh berbeza dari janji-janji Adib. Malahan ada di antara orang perantaraan Adib di OZ yang cuba mengaut untung seperti caj kenderaan sebanyak 10$ sekali keluar seorang. Gaji kami diambil percent oleh tuan penasihat Adib.
Secara jujurnya Adib ni seorang yang kaki sembang. Tak ada tanggungjawab langsung. Dia buat, dia lepas tangan sehinggakan batch2 sebelum kami memberontak melarikan diri dari farm tersebut. Kehidupan kami menjalani hari-hari bekerja amatlah sukar kerana farm tersebut langsung tidak mendatangkan gaji yang lumayan. Selama 3 bulan kami bertahan sebelum kami minta ditukarkan ke farm yang berdekatan dengan bandar Mildura.
Di farm yg kedua (Redcliff) gaji kami selalu kurang. Gaji pun cukup2 350$/week. Sewa rumah pulak 120$/week, caj kenderaan 7$/day = 49$/week. Cuba korang bayangkan apa yang korang boleh kumpul dengan jumlah 181$ setelah tolak duit makan minum? Lama kelamaan adib ni makin kerap hantar budak ke OZ berpuluh2 group. Beratus org yang dia hantar terkandas di daerah New South Wales. Ramai yang tak puas hati dengan Adib. Adib mendiamkan diri. Call tak angkat. Whatsapp senyap.
Aku pun apa lagi dengan duit2 yang batch kami kumpul, kami kongsikan bersama batch yang baru terkandas ditipu Adib untuk melarikan diri ke Brisbane, Queensland dengan bas dan train. Dalam keadaan sejuk -8 kami bersembunyi di belakang stesen bas usang selama 10 jam, kami tidur dalam keadaan sejuk beku. Bayangkan nak beli makanan pun susah lagikan nak bayar sewa rumah? Mana kami mampu!
Dengan pelbagai mesej ugutan diterima ke telephone masing2. Takkan kami nak bertahan kalau kerja pun gaji kne mark up? Untuk pengetahuan korang masih ada ramai lagi saki-baki yang terkandas di OZ oleh perbuatan si Adib ni. Bila semua batch yang Adib hantar memberontak di OZ, nama dia mula panas menjadi perbualan setiap mangsa batch2 yang dia dah hantar, masing2 tunggu adib datang.
Aku ingat kalau dia datang mmg dah lama arwah, malah ada juga yang sempat kejar si bangsat ni. Tapi bangsat ni licik, dia ada kereta kami cuma ada kaki. Bila dah line panas di OZ dia bertukar pulak ke negara KOBIS 11K iaitu Korea. Taktik yang sama Adib guna untuk menarik perhatian mangsa2. Tabur janji-janji manis.
Korang ingat korang mampu ke dapat 11k? Tu semua hanyalah propaganda kedaruk si Adib bangsat tu. Sekarang dia dah top kat bigo aku dengar? Kejadah apa hidup kerja makan hasil gaji orang, menipu mangsa yang betul2 perlukan duit dengan dikaburi janji-janji si Adib 11k. Korang tau tak ada di antara batch2 kami yang jual tanah, jual motor, jual kereta, tinggal anak bini, bergolok gadai semata2 termakan janji Adib ni?
Aku tak nak tengok anak bangsa aku sendiri tersadai kat luar negara, sebab aku dah rasa! Korang mana yang pandai berkata2 lain kali siasat dulu latar belakang penyangak ni. Dia duduk senang2 kat Malaysia pakai kereta mewah, pakai superbike itu semua hasil menipu duit kami.
Duit tambang yang dia minta dalam anggaran 4k-5k! Tiket flight pergi baru RM700 dan tiket balik dia bagi tiket palsu. Korang bayangkan berapa banyak hanat ni dan kroni2 dia untung? Kalau 10 org? Kalau 100 org? Kira la dah berapa? Korang nilai sendiri la wajarkah org sebegini dibiarkan bermaharajalela kaya raya?
Lama kami perhatikan kau Adib. Ingatkan kau dah insaf. Takpa kau dah puas telan manis, kali ni kami kasi kau cuti lama2. Malaysia ada undang2. Kami diam bukan kami takut tapi bagi peluang untuk kau merasai kehidupan kat luar. Tarik nafas dalam2 lepas ni kau da duduk dalam. Semua bukti2 kami simpan. Semua mangsa2 aku dah kumpulkan. Kalau aku tak buat mcm ni makin ramai org kau tipu. Nak kaya kerja guna kudrat sendiri bodoh. Bukan dengan cara jual org.
ADIB TAMPIL NAFI DAKWAAN FITNAH BERKENAAN
Bagaimanapun, Adib tampil menafikan dakwaan itu semua dan menegaskan dia akan kembali ke Malaysia dalam masa terdekat ini untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang telah memfitnah dan membuat ugutan bunuh terhadapnya.
"Saya dan keluarga akan kumpul segala bukti fitnah termasuk ugutan bunuh untuk tindakan undang-undang kepada mereka, sekembalinya ke Malaysia dalam waktu terdekat ini," katanya.
Dalam kenyataan kepada Harian Metro, Adib tidak menyangka niatnya berkongsi tentang kisah tersebut telah dikaitkan dengan beberapa insiden salah faham yang pernah berlaku dengan beberapa rakyat Malaysia ketika dia bekerja sebagai pemetik buah di Australia kira-kira dua tahun yang lalu.
"Saya tidak pernah menipu sesiapa baik ketika di Australia mahupun di Korea Selatan. Sebaliknya apa yang berlaku adalah salah faham yang dimanipulasi menjadi isu lebih besar sehingga saya, keluarga dan isteri mengalami tekanan perasaan yang teruk.
"Tak mengapa, sekarang ini saya akan mengumpulkan segala bukti dan akan mengambil tindakan undang-undang apabila pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Malah saya juga ada saksi di Korea yang tahu tentang keadaan sebenar yang berlaku.
"Antara individu yang menabur fitnah terhadap saya adalah mereka yang pernah baik dengan saya, yang pernah membantu saya dan saya tidak menyangka perkara ini boleh menimpa saya," katanya.
Adib juga mendedahkan, ada di antara individu berkenaan telah mengugut mahu mencederakannya, malah turut mengaitkan isteri dan dua anaknya yang berada di Perak dalam isu terbabit.
"Paling menyedihkan, ada yang menuduh isteri saya bukan-bukan sehingga dia mengalami tekanan perasaan selepas melahirkan anak kedua kami tiga bulan lalu.
"Saya hanya berpesan kepada isteri agar bersabar dan meminta dia memberikan saya masa tiga tahun lagi sehingga umur saya 30 tahun bagi mencari rezeki di bumi orang ini.
"Saya mempunyai perancangan sendiri menggunakan wang hasil titik peluh yang dikumpul di Korea untuk hidup di Malaysia selepas itu," katanya.
Sumber: Says.com, Harian Metro
from The Reporter http://ift.tt/2E2wH9b
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment