Home » , » Berang tak diizin bawa kekasih masuk dalam rumah, anak tergamak belasah ibu

Berang tak diizin bawa kekasih masuk dalam rumah, anak tergamak belasah ibu

shamsulazlan | 05:53 | 0 comments

Seorang wanita berumur 48 tahun cedera dan calar di bahagian muka selepas dibelasah anak perempuannya yang berang tidak dibenarkan membawa kekasihnya masuk ke dalam rumah, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku jam 8 pagi Jumaat lalu apabila anak perempuan mangsa berumur 21 tahun pulang ke rumah bersama kekasihnya. 

Wanita muda itu cuba membawa masuk kekasihnya, namun mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak membenarkan anaknya berbuat demikian. 

"Akibat keengganan mangsa, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan anak perempuannya sebelum dipukul dengan 'pengunci mangga' pintu menyebabkan dia cedera dan calar di bahagian muka. 

"Suspek kemudian keluar dari rumah sebelum satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Nibong kira-kira jam 10.25 pagi pada hari yang sama. 

Susulan laporan polis dibuat, polis menahan suspek di Bayan Lepas pada jam 1.30 tengah hari semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk siasatan lanjut. 

Ketika disiasat, suspek yang tidak bekerja tidak mengaku memukul mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

Suspek telah dibawa ke mahkamah hari ini dan direman bermula hari ini sehingga 22 Disember. Siasatan uga turut dilakukan mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga.


from The Reporter http://ift.tt/2kK8gVi
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger