Home » , » 'Bukan semua bengkak biji kelenjar itu kanser' - Doktor beri penjelasan lengkap mengenai kanser limfoma yang anda perlu tahu

'Bukan semua bengkak biji kelenjar itu kanser' - Doktor beri penjelasan lengkap mengenai kanser limfoma yang anda perlu tahu

shamsulazlan | 04:28 | 0 comments

Bagi mereka yang masih belum mengetahui apa itu kanser kelenjar atau kanser limfoma, baca penjelasan dari pegawai perubatan ini dengan teliti agar tidak tersalah faham jika kelenjar pada badan anda bengkak. Semoga bermanfaat!

BARU-BARU ini gempar penyanyi Elyana buat pengumuman yang dia menghidap kanser kelenjar (Lymphoma). Susulan pengumuman itu, ramai rakyat Malaysia yang tak pernah tahu atau dengar tentang kanser ini, jadi nak ambil tahu. Aku sendiri ditanya banyak kali, di PM dan juga di klinik ada 3-4 orang patient yang bertanya tentang Lymphoma. 

Jadi hari ini ada masa terluang, aku cuba beri penjelasan dengan mudah apa itu kanser kelenjar (lymphoma). 

Mula-mula kena faham dulu sistem limfa (Lumphatic System) dalam badan kita (rujuk gambar). Lympathic System ini berfungsi sebagai sistem imun, dengan melawan jangkitan bakteria, virus. Selain itu, ia juga berfungi membuang toksin dan bahan berbahaya lain. Menerusi sistem yang kompleks terdiri dari saluran limfa (Lymphatic Vessels yang lebih kurang seperti saluran darah), ada cairan yang dipanggil Lymph. 

Di dalam cairan Lymph yang bergerak dalam Lymphatic Vessels inilah terkandung sel-sel darah putih yang melawan jangkitan, dipanggil sel Lymphocytes. Lymphatic Vessels berhubung dengan biji-biji kelenjar yang dipanggil Lymph Nodes. Sel Lymphocytes akan melalui Lymph Nodes ini. 


Selain Lymph Nodes, organ-organ lain seperti lima (spleen), Thymus dan Tonsil juga ialah sebahagian dari sistem Lymphatic System. 

Ada berapa banyak biji kelenjar dalam badan kita? Ada lebih kurang 600 hingga 700 biji kelenjar. Di mana biji kelenjar ini berada? Sila rujuk gambar. 

Di kawasan yang dalam seperti:
  • Sekeliling jantung
  • Sekeliling paru-paru
  • Sekeliling abdomen
Di kawasan yang dekat dengan permukaan kulit:
  • Kawasan leher
  • Kawasan bahu
  • Kawasan ketiak
  • Kawasan kelengkang (groin)

Okay, apa terjadi kepada pesakit kanser kelenjar?

Terjadi mutation pada DNA di dalam sel-sel lymphocytes itu. Hasil mutasi ini, sel-sel tersebut akan berkembang biak dengan banyak dan sel-sel lymphocytes ini ialah sel yang abnormal iaitu ia tidak mampu untuk menjalankan tugas melawan jangkitan. Maknanya pesakit kanser ini mudah mendapat jangkitan. 

Berkumpulnya sel-sel lymphocytes yang abnormal banyak di kelenjar lymph nodes mengakibatkan kelenjar-kelenjar ini membengkak dan salah satu simptom utama/pneting kanser kelenjar ialah bengkak biji kelenjar. 

Lymphone ada dua jenis iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non Hodgkin Lymphone (NHL).

Dinamakan Hodgkin Lymphoma bersempena dengan nama doktor berbangsa inggeris, Thomas Hodgkin yang menemui penyakit ini pada tahun 1832. Hodgkin Lymphoma biasanya terjadi kepada pesakit dalam lingkungan umur 20-40 tahun, manakala NHL pula lingkungan umur 65-75. 

Aku agak penyanyi Elyana kena Hodgkin Lymphoma. 

Apa simptom paling penting untuk kedua-dua jenis Lymphoma ini? 
  1. Bengkak biji kelenjar yang tidak sakit walaupun ada minoriti yang mengadu sakit, selalunya melibatkan kawasan Lymph Nodes di sekitar leher, bahu, ketiak dan kelengkang. Kawasan paling biasa terlihat ialah leher dan bahu (sekitar 80-90% kes). Biji kelenjar ini akan membesar dengan cepat atau agak perlahan bergantung kepada jenis Lymphoma. 
  2. Kerap demam, terutamanya demam waktu malam. 
  3. Hilang berat badan.



Ada juga yang mengalami gatal-gatal kulit. Ada yang bengkak pada limpa dan bengkak hati. Ini semua bergatung kepada staging kanser Lymphoma. Namun tiga simptom utama di atas itu yang paling biasa. 

Bagi kes-kes Lymphoma yang sudah advanced (stage 4), kanser telah merebak selalunya ke paru-paru atau tulang sum-sum atau hati. 

NOTA PENTING

Bukan semua bengkak biji kelenjar itu ialah kanser Lymphoma. Ada yang bengkak disebabkan jangkitan. Adalah unfair untuk doktor buat diagnosis based hanya dengan melihat gambar (sebab ada yang PM aku hantar gambar sahaja). Perlu berjumpa dengan doktor untuk detail history taking + pemeriksaan fizikal. 

Namun seara umum boleh dikatakan, apa-apa bengkak biji kelenjar yang kronik atau lama (sebulan) kekal ada dan tidak sakit bila dipegang, perlu segera diperiksa. 

Bagaimana Diagnosis Kanser Lymphoma dibuat? 

BIOPSY

Sedikit sample tisu dari biji kelenjar akan diambil dan dikaji di makmal. Hanya dengan kajian makmal sahaja para doktor boleh buat diagnosis yang tepat. Selepas keputusan biopsi didapati positif Lymphoma, seperti mana-mana kanser, doktor akan buat pemeriksaan lanjut untuk tujuan 'staging'. 

Staging ini secara mudah ialah untuk melihat sejauh mana kanser itu telah berkembang sama ada hanya di satu kawasan sahaja (contohnya hanya di Lymph Nodes dalam kes Lymphoma atau hanya di kawasan usus dalam kes kanser usus), atau kanser telah merebak (metastatic cancer). 

Untuk tujuan staging ini memang biasa pemeriksaan seperti x-ray, CT Scan dan MRI akan dibuat. Secara umumnya, pesakit kanser yang didiagnose awal (stage 1-3) dan mendapatkan rawatan awal, peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah tinggi (survival rate antara 85-90%). Ianya antara kanser yang boleh sembuh (treatable cancer). 

Emak aku sendiri pada usia mudanya (20-24 tahun) mengalami Hodgkin Lymphoma. Ketika aku masih kecil (setahun lebih), mak aku berulang alik ke PPUM untuk mendapatkan rawatan dan Alhamdulillah mak aku sembuh sepenuhnya. Dan sebab mak aku pernah mengalami Hodgkin Lymphomalah yang mendorong aku menjadi doktor. 

Apa rawatannya? Ada dua rawatan yang paling biasa iaitu kemoterapi dan radioterapi. Bergantung kepada jenis Lymphoma dan stagingnya. Doktor kana beri rawatan yang bersesuaian.

Dengan kemajuan bidang perubatan, rawatan kemoterapi dan radioterapi bagi pesakit Lymphoma sudah semakin selamat dan semakin berkesan. Survival rate makin tinggi as high as 98%. Maka kepada yang ada kanser, apa-apa kanser tolonglah dapatkan rawatan yang betul dari doktor di hospital. 

Say NO to those bullshit crap products yang menjanjikan kanser akan sembuh. 



from The Reporter http://ift.tt/2jaTZ3s
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger