Home » , » 'Dah bagi hadiah dicampak pulak, kesian Zizan' - Gurauan kasar, netizen kesal Shaheizy Sam campak hadiah Zizan

'Dah bagi hadiah dicampak pulak, kesian Zizan' - Gurauan kasar, netizen kesal Shaheizy Sam campak hadiah Zizan

shamsulazlan | 05:17 | 0 comments

"Kenapa Sam campak kasut itu? Walaupun bergurau, tapi macam tak patutlah," demikian antara reaksi netizen yang kesal dengan tindakan pelakon Shaheizy Sam dalam program MeleTop, semalam. 

Program yang dikendalikan pengacara Nabil dan Hanis Zalikha yang menggantikan Neelofa semalam, mengundang beberapa pelakon iaitu Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Umbrealla, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Zizan Razak, Shaheizy Sam dan pasangannya, Syatilla Melvin. 

Ketika di hujung program berkenaan, Zizan mahu menyerahkan hadiah kepada anak Shaheizy, Syeriv, yang berupakan sepasang kasut yang katanya dibelinya ketika berada di luar negara. 

Sebaik sahaja Zizan membuka kotak itu, Syatilla berkata mereka sudah ada kasut itu. Secara spontan, Zizan pula berkata dia sebenarnya mahu memberi kotak kasut sahaja. 

"Wow! Thank you, thank you, thank you," kata Shaheizy Sam sebelum melepaskan kasut itu ke lantai. 

Zizan pula terkedu melihat kasut tersebut di lantai sebelum segera diambil semula oleh Nabil. 


Meskipun bergurau, namun netizen menyifatkan tindakan itu tidak wajar dan tidak menghormati hadiah pemberian orang. 

"Nasib seorang pelawak. Bila kita ikhlas nak memberi, orang itu pula main-main kasar. Tabah sajalah Zizan." - Syomel

"Ya Allah, kenapalah Sam tikam hadiah. Nabi tak galak buat macam tu even bergurau ada had. Say tahnks. Isteri Sam perlu belajar adab. Perkataan 'Dah ada' tidak sepatutnya keluar. Say thanks. Pemberi hadiah akan lega. Hanis Zalikha pun siap keluar "Ya Allah" sebab terkejut Sam tikam kasut baby." - Kenzul Kanebo

"Macam rude pulak Sam campak kasut itu. Nasib Nabil ambilkan kasut itu balik. Dengar Hanis cakap Ya Allah, mesti dia pun terkejut Sam buat macam tu," - Fatin Afina. 

"Tak kisahlah kau ada lima pasang kasut macam itu pun tapi jangan meremehkan pemberian orang. Hormat sikit perasaan orang yang memberi. Bagus Nabil dan Hanis Zalikha cepat-cepat ambil kasut itu. Yang bini Sam bukan nak tolong pungut, boleh bantai berdekah gelak," - Umi Umairah. 




Ada benar kata netizen, walaupun bergurau, usahlah keterlaluan lebih-lebih lagi dalam program yang ditonton ramai penonton. Semoga perkara seperti itu tidak berulang.


from The Reporter http://ift.tt/2BJba3S
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger