Home » , » 'Lelaki itu harus boleh menerima anak-anak saya' - Rita tak tolak jika bertemu jodoh lelaki muda

'Lelaki itu harus boleh menerima anak-anak saya' - Rita tak tolak jika bertemu jodoh lelaki muda

shamsulazlan | 05:49 | 0 comments

Rita Rudaini, 40, yang pernah dua kali gagal dalam perkahwinan tidak pernah menolak sekiranya dia berkahwin lagi andai bertemu jodoh pada masa akan datang. 

Menurut Rita, dia tidak akan menolak sekiranya dia bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih muda berbanding dirinya selagi lelaki terbabit boleh menerima dan memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak lelakinya itu. 

Jelasnya, soal jodoh bukanlah keutamaan buat dirinya pada waktu ini. Sebaliknya dia mahu memberi fokus kepada Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 6, yang sedang membesar. 

"Usia bukanlah faktor penentu andai saya bertemu jodoh pada masa hadapan. Bagaimanapun pada saya, lelaki itu harus boleh menerima anak-anak saya. 

"Bukan setakat boleh menerima, lelaki itu juga harus boleh memikul tanggungjawab melaksanakan tugas sebagai bapa kepada Rayyan dan Arjuna," katanya. 


Rita pada masa ini tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki dan tidak menjadikan ia sebagai perkara penting dalam hidup. 

"Bukan mahu menolak jodoh, sebaliknya saya lebih senang memberi perhatian kepada Rayyan dan Arjuna. Tambahan pula pada tahun hadapan, Arjuna akan mula bersekolah dan memasuki darjah satu," katanya. 

Terdahulu, Rita pernah bernikah dengan pengulas sukan TV3, Akbar Sahari, namun bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004. 

Perkahwinan kedua, Rita bernikah dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 di sempadan Thailand dan dikurniakan dua cahaya mata. Bagaimanapun mereka bercerai pada 2013 kerana perkahwinan mereka tidak direstui keluarga lelaki berkenaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://ift.tt/2kZTXfd
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger