Menyesal pun sudah tiada gunanya, si ibu juga patut dipersalahkan kerana mengabaikan tanggungjawab menjaga anak-anaknya sendiri sehingga membebankan kedua-dua orang tuanya. Akibatnya, anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa menjadi mangsa kecuaian orang dewasa.
Sungguh, perkongsian dari Pegawai Perubatan ini membuatkan hati rasa sayu dan kesal. Jauhilah zina, jauhilah dadah, jangan sampai orang tersayang yang tidak berdosa menjadi mangsa. Semoga perkongsian dari Puan Nurhanis Ahmran ini bermanfaat.
KEMATIAN 'ANAK SYURGA' DARI INSTITUSI KELUARGA YANG HANCUR
Semalam beberapa kes kematian kanak-kanak dari seluruh daerah Kuantan dibentangkan. Ada 15 kes kesemuanya. Sidang mesyuarat pagi Jumaat yang indah dah hening itu bertukar menjadi kecoh dan sayu seketika bilamana kes terakhir dibentangkan.
Kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan yang meninggal akibat kecuaian si nenek dan datuk. Ibunya sudah empat kali hamil tanpa nikah. Pernah dua kali keguguran sebelumnya. Dia yang ketiga, adiknya baru berusia enam bulan. Mereka dua beradik tinggal bersama nenek dan datuk di kampung.
Ibu kandung mereka tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur. Dia jarang berhubung dengan ibunya (si nenek) dan jarang bertanya tentang perkhabaran dua anaknya. Saya tidak pasti dengan belanja bulanan mereka.
Foto Hiasan |
Setiap malam sebelum tidur, cucunya yang berusia satu tahun lapan bulan itu akan minum sebotol susu. Memang begitu rutinnya. Tapi pada malam kejadian, cucunya tidur lebih awal dari biasa. Bersendirian tanpa ditemani di bilik tidur. Tidak meminta susu seperi biasa.
Lantas si nenek membancuh sebotol susu dan cuba mengejutkan anak kecil itu. Tetapi lansung tiada respon. Dia cuba kejutkannya berkali-kali tapi masih jua tidak bangun. Cucunya sudah tak sedarkan diri!
Lantas si nenek meminta bantuan jiran untuk menghantar cucunya ke hospital. Namun hanya satu jam setengah selepas itu baru mereka tiba di hospital.
Kanak-kanak malang itu terus di 'intubate' dan di masukkan ke Paediatric Intensive Care Unit (PICU). Dia memerlukan mesin bantuan pernafasan, tripple inotropes (ubat untuk menaikkan tekanan darahnya supaya jantungnya terus mengepam darah ke seluruh badan) kerana tekanan darahnya terlalu rendah.
Foto Hiasan |
Di PICU, keadaannya kian kritikal. Dia masih tidak sedarkan diri. Hari keenam di PICU, jari-jari kecilnya mula menghitam. Keadaan yang kita namakan 'dry gangrene'. Ianya berlaku apabila sel-sel kita sudah mati kerana tiada bekalan darah dan oksigen.
Foto Hiasan |
Dan sangat mengejutkan bila ujian air kencing kanak-kanak tersebut mengandungi METHADONE! Ya, methadone. Bila diselidiki semula, rupa-rupanya si datuk membeli methadone dari klinik swasta dan menyimpannya di dalam peti sejuk.
Untuk makluman semua, pesakit yang dalam rawatan gantian methadone tidak boleh membawa balik methadone ke rumah dan perlu diminum di hadapan staf kesihatan. Kerana ada kemungkinan mereka ini akan menyalahgunakan methadone sekiranya dibenarkan bawa balik ke rumah.
Methadone yang dibeli datuknya pula disimpan di dalam peti sejuk, bersama dengan ubatan lain. Malang tidak berbau, ubat cecair yang berwarna pink yang disangkakan ubat demam itu telah diberi kepada cucunya tadi.
Kanak-kanak itu akhirnya meninggal di PICU. Punca kematian, Methadone poisoning. I'm speechless.
Selamat jalan anak syurga. Damailah kamu di sana. Dunia ini terlalu kotor dan sakit untuk kau diami.
Sumber: Nurhanis Ahmran
from The Reporter http://ift.tt/2D6qJTm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment