Dalam kejadian jam 1.40 pagi berhampiran Plaza Tol Taiping Utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), mangsa berusia 53 tahun cedera di kening kanan, manakala jururawat wanita turut cedera ditendang.
Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, ketika kejadian, dia bersama pembantu perubatan dan seorang jururawat dalam perjalanan dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping untuk menghantar seorang pesakit.
"Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol, saya ternampak sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai sedang lumba haram.
"Saya bertindak menegur mereka dengan pembesar suara agar mereka memberi laluan. Namun ia menyebabkan kumpulan terbabit marah dan mula menghimpit ambulans dengan motosikal.
"Seorang daripada penunggang terbabit terjatuh dan kumpulan berkenaan kemudian menyekat kenderaan saya," katanya.
Empat hingga enam remaja lelaki itu kemudian cuba menarik mangsa keluar dari ambulans dan menumbuk mukanya sehingga cedera, sebelum dibelasah bertubi-tubi.
Jururawat yang menjaga pesakit di belakang cuba membantu meleraikan kumpulan berkenaan, namun dia juga turut menjadi mangsa dan ditendang.
Sekumpulan remaja terbabit segera melarikan diri selepas mendapati orang ramai mula menyedari kejadian itu.
Mangsa yang cedera kemudian meneruskan perjalanan menghantar pesakit dan membuat laporan polis di Taiping sebelum pulang ke Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan.
"Saya berjaya mengecam nombor pendaftaran motosikal salah seorang daripada remaja yang memukul saya, manakala motosikal lain tiada nombor pendaftaran.
"Difahamkan polis sudah mengenalpasti pemilik motosikal terbabit dan tindakan serta siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurut mangsa lagi, lokasi kejadian itu sememangnya seringkali dijadikan sebagai litar lumba haram membabitkan motosikal dan kereta terutamanya pada malam minggu sekitar jam 12 tengah malam hingga tiga pagi.
from The Reporter http://ift.tt/2AZUqsO
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment