Pemiliknya, Fariha Yusof berkata, alangkah terkejut dia apabila mendapati rumahnya ditinggalkan penyewa dalam keadaan kotor dan berbau busuk serta najis kucing merata-rata sama ada di dalam mahupun di luar rumah sehingga anaknya sendiri tidak mahu masuk ke dalam kerana geli melihat keadaan rumah itu.
Fariha langsung tidak menyangka rumah yang disewakan kepada satu keluarga ini boleh tinggal dalam keadaan yang kotor seperti itu.
Difahamkan, penyewa berkenaan telah berjanji dengan Fariha yang mereka akan berpindah keluar dari rumah itu sepenuhnya pada hujung bulan November lalu. Namun begitu, penyewa berkenaan masih belum menjelaskan bayaran sewa bagi bulan Oktober dan November. Masuk bulan Disember, penyewa masih belum mengosongkan rumah tersebut.
"Saya ingatkan bila ambil orang bekeluarga menyewa rumah ini okey. Rupa-rupanya jauh lebih teruk dari pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Sebelum ini, rumah ini pernah disewakan kepada pelajar IPT, tetapi tidak pernah rumah menjadi kotor begini," katanya.
Menurut Fariha, penyewa yang juga membuka dua premis makanan di SIDEC Seri Iskandar itu juga membela banyak kucing.
"Mereka tak ada anak kecil pun, semuanya dah besar-besar. Kucing dia bersepah-sepah. Dengan tahi kucing merata-rata di dalam dan di luar rumah.
"Mereka ada buka kedai makan di SIDEC. Bila tengok keadaan rumah sewa begini, entah bagaimana mereka membuka/menguruskan kedai makan. Kebersihan di rumah pun tidak terjaga, tambah buat masak makan di restoran nak bagi orang makan. Subhanallah," katanya.
Sebelum keluarga berkenaan menyewa rumah tersebut, Fariha berkata, rumah sewanya itu lengkap dengan mesin basuh, almari, katil, dapur, pinggan mangkuk, kerusi, meja, penyidai, sofa, awning, grill pintu dan semua tingkap.
Kadar sewa bulanan yang dikenakan juga murah dan berpatutan, iaitu RM400 sebulan.
"Saya berada di pihak teraniaya dan dia tidak boleh lari jauh. Kalau dia enggan bayar ganti rugi, lingkup dua buah kedai makan dia. Itu saja yang boleh saya katakan," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2z3l3qW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment