Bukan mahu memenangkan golongan isteri, tetapi adalah lebih elok pasangan suami isteri bersama-sama menguruskan rumah tangga dan dari situ, barulah faham akan erti tanggungjawab bersama, selain merapatkan silaturrahim keluarga.
Dalam kes ini, pakcik terbabit mungkin sudah biasa membiarkan isterinya melakukan segala-galanya di rumah. Namun tindakannya menegur pasangan muda ini adalah tidak wajar kerana tidak semua orang yang boleh menerima caranya.
SALAM admin. Saya bukan nak cerita tentang rumah tangga saya tetapi lebih kepada nak meminta pendapat semua yang berada di sini. Memandangkan saya ini pun baru saja setahun jagung berkahwin.
Minggu yang lalu, saya ada pergi ke sebuah kenduri saudara terdekat. Saya duduk di meja sekali dengan satu keluarga ini. Seorang kakak, suami dia, tiga orang anaknya dan ada dua tiga orang pakcik makcik ini.
Semasa tengah makan, tiba-tiba baby kakak itu buang air. Kakak itu minta suami dia ambilkan beg baby dia dalam kereta untuk salin lampin. Sambil itu, kakak itu bertanya sekali dengan suami pakah dia ada bawa baju dia dengan anak-anak yang lain sekali tak?
Tiba-tiba pakcik yang duduk semeja dengan kami itu macam marahkan si ibu. Dia kata:
"Tak reti siapkan baju sendiri ke? Kenapa menjatuhkan maruah suami di depan orang lain dengan bertanyakan hal peribadi seperti itu di depan semua orang?
"Nanti kami semua ini ingat suami awak itu kuli di rumah. Awak tak patut bercakap seperti itu dengan suami," katanya.
Pakcik itu berkata lagi, dia bukan nak memalukan kakak itu, tetapi lebih kepada nasihat kerana baginya cara kakak itu salah.
Kakak itu pun dah merah padam mukanya. Tetapi dia dan suami hanya senyum-senyum sahaja, mungkin sebab masih hormat pada orang tua.
Di sini saya ingin bertanya, betul ke bila orang luar tahu yang si suami membantu melakukan kerja-kerja isterinya akan menjatuhkan martabat seorang suami itu? Sebab saya dengar kakak itu bercakap dengan nada lembut saja, bukannya mengarah suaminya.
Kita tidak tahu apa yang kakak itu dah buat untuk suami dan anak-anak dia di rumah. Mungkin mereka dah bahagikan tugas masing-masing. Tetapi bila orang lain terdengar kes 'mengkulikan suami' pula. Pelik tapi benar.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
from The Reporter http://ift.tt/2C4WJud
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment